e-kad raya untuk semua

14 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Salam Aidilfitri kepada semua

keampunan dipanjatkan ke atasNya

tak lupa juga kepada sesama manusia

tradisi jangan dilupa

kekal jadi kenangan semua”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

e-kad raya ikhlas dari Q.

Lagi

Telingkah Dingin

14 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Teman Ku cari Musuh Yang Datang,
Datangnya Dengan Pelbagai Alasan,
Kalau Benar Dirimu Terbilang,
Pasti Bisa Jadikan Kawan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

evolusi

YB-YB, Dato’-Dato’, ustaz-ustaz, tokei-tokei, pakcik-pakcik, tuan-tuan, makcik-makcik, uncle-uncle, bos-bos, cikgu-cikgu, anak-anak…

Sudahlah

Lagi

Merdeka! Merdeka? Merdeka…

14 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-52,

semoga segala kekusutan dileraikan,

segala kegelapan diterangkan,

segala kekacauan ditenangkan,

sesungguhnya masih ada halangan yang perlu dilalui dihadapan.

Lagi

Kebakaran

10 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Akar nibung meresap-resap
Akar mati dalam perahu
Terbakar kampung nampak berasap
Terbakar hati siapa yang tahu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alhamdulillah, hajat untuk bersahur dan beriftar bersama keluarga tersayang di hari pertama Ramadan akhirnya termakbul. seronok…itu saja yang boleh diluahkan. namun tercemar juga bila dipertengahan hari berlaku perkara yang tak disangka-sangka. berlaku kebakaran rumah selang beberapa buah rumah dari rumah Q. malang tak berbau. tapi asapnya berbau. sempat juga Q dan beberapa orang kampung membantu menyelamatkan beberapa barang dari rumah sebelah. cuba korang tengok, rumah sebelah pun kene sikit. banyak jugaklah yang kitorang tolong keluarkan. atap rumah sebelah dah mula berasap. kitorang yang ada dalam rumah tu dah mula rasa bahang. serius sebelah kejadian kebakaran je.

Lagi

Pergi

18 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

and finally..

the beauty kill the beast

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sepi tanpa kata

seperti menyatakan tahun ini tahun duka

tahun penuh pancaroba

tahun penuh nista

tahun penuh gelora

kerna ramai yang telah meninggalkan kita

ramai juga yang mula menderhaka

ramai juga yang mula menderita

adakah ini petanda?

sama-samalah kita menjawabnya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lagi

ini wilayah H1N1 (2) : zombie apocalypse

6 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hari ini berakhirlah sudah sesi kuarantin yang menyakitkan jiwa.

dengan kuliah+tugasan+amali+microteaching+teater+skrip drama dan program universiti yang menunggu di depan pintu pagar menyambut kepulangan Q dengan senyum sinis. dan semalam juga bila Q baca balik entry minggu lepas, tetiba Q terfikir dan terbayang akan satu situasi yang maha dahsyat dengan gabungan imaginasi yang kuat,  dan dengan gaya penulisan dan penceritaan yang tidak seberapa hebat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

‘Mayat Hidup’

dan sekoyong-koyongan si makhluk hina dina iaitu kuman H1N1, SARS dan Chikugunya yang ada sekarang telah mencapai kata sepakat dan bergabung untuk berevolusi menjadi lebih kuat dengan bantuan kerajaan negeri dalam usaha mengembangkan industri babi di malaysia ke peringkat antarabangsa. kuman-kuman ini mula merembeskan sejenis virus yang menyerang sistem saraf otak manusia.

Lagi

ini wilayah H1N1.

15 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

wah, dah macam iklan selkom ya. begitu?

akhirnya hari ni terjawab persoalan yang UPM akan di’cuti’kan selama seminggu gara-gara selesema wawi yang dah sampai tahap jingga kat UPM. mengikut maklumat yang Q dapat, suspek yang disyaki menghidap H1N1 ni dalam anggaran 200+!!! tapi hanya dalam 4 yang ditahan di wad.

Q in mask

Lagi

kosong hingga empat

11 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

0

“Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing,

jangan menjadi tukul, jangan juga suka menganjing”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lagi

Jelubu sulah mali!!

3 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

woo…..

cuaca amat buruk

panas…..

bahang…

jerebu….

adakah El Nino datang menyapa

kesihatan juga amat buruk

batuk-batuk…

sakit mata…

sakit dada…

dunia akhir zaman

macam-macam ada

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

jerubu

ini gambar UPM dalam jerebu bukan jelebu okey..

dan disebabkan jerebu ramai yang terpaksa beriadah dalam kolej saje

aktiviti

yang penting sekarang ni kena jaga kesihatan

banyakkan minum air

jangan biar diri dalam keadaan tertekan

baru tak kena penyakit

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

mask (pig) rider

20 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kalau semalam Q cerita pasal cara mengelak

kali ni Q nak tunjuk mask atau topeng yang popular untuk korang pakai

topeng selesema babi

laugh

Lagi

Older Entries