e-kad raya untuk semua rakan maya

11 Komen

****************************************

hari ini Q akan kembali ke pangkuan keluarga,

meraikan Syawal yang mulia,

maka doakan perjalanan selamat pergi dan kembali.

mohon maaf jika ada penulisan Q menguris sukma peribadi.

************************

Tag: Touch n Go

10 Komen

************************

kenapa touch n go?

nak balik kampung dah ni.

whuuuaaaa…

akhirnya Q tukar juga kembali Theme Q kepada theme yang lame disebabkan bantahan dan protes yang dijalankan oleh penduduk Parit Perupok. best tu pakai Depo Masthead tapi nak buat macam mana orang tak suka.

Hari ni Q nak langsaikan hutang dan bil-bil tertunggak(bil? tertunggak?) hasil di tag oleh rerakan dari geng Patibudu: ixora, BB dan Nifira: Redapples.

*******************************

TAG 1

tag yang pertama ini datangnya secara berganda dari BB dan Redapples.

1. Copy gambar di bawah lalu posting di blog anda.
2. Teruskan tags ini minimum ke 5 blogger muslim yang anda kenal.
3. Jangan lupa tinggalkan komen pada blog mereka.
4. Tulis alamat blog anda (di bawah gambar) setelah alamat blog pemberi tag

kepada Redapples: (amaran!!) jangan memondan di pagi raya.

kepada BB: nak duit raya.

*********************************

TAG 2

tag ni pulak datangnye dari ixora.

dia nak tau ape yang Q lakukan semasa sekolah dulu-dulu…

3 bad habits when you were in your school days :

– suke cabar undang-undang sekolah. mase tu memang tengah gile-gile. bayangkan mae tu Q ni pengawas tapi suke masuk kelas lambat, tido dalam kelas, pakai wristband, balik asrama mase waktu sekolah. teringat balik rase bersalah pulak. hahaha…

– suke ngelak prep. kalau masuk pukul tige petang je mulela warden gegar bilik suruh turun prep. kitorang si senior ni apa lagi masuk library tidola kat celah-celah rak buku. best tu…sejuk ada econd.

– suke ‘fly’ pegi tengok bola kat kedai mamak kat bawah bukit. setiap kali kitorang nak puasa sunat hari isnin dengan khamis, kitorang akan fly ke kedai mamak untuk beli makanan. kalau tak puasa pun kitorang pegi jugak sebab lapo waktu malam. tapi kitorang tak pernah tertangkap. hahaha. hebat gile.

3 of your favorite subjects.. why?

– suka matapelajaran sejarah. tak tau kenape. rase macam best je mase cikgu bercerita kat depan. lagi best kalau cikgu buat kuiz sure menang punye. sampai ade yang panggil mat skema. gua peduli ape. gua bukan nerd or geek beb. hahaha…

– suke mate pelajaran Biologi sebab mase tu memang tengah gile nak jadik doktor veteriner. kalau masuk je lab sure teruja giler. ingat lagi mase dulu-dulu bedah katak. walaupun kejam tapi untuk belajar Q pasrah je. tapi sekarang ni semua itu hanya impian sebab impian keluarga nak Q jadik cikgu. huhuhu…

– suke mata pelajaran Agama Islam. dulu Q dah ada asas darjah khas kat sekolah agama jadi mata pelajaran ni kira makin interesting la. setiap kali cikgu bagi latihan mesti Q yang akan hantar paling awal. tapi mase tu cikgunye amat-amat la garang lagi zalim. kalau tak siap keje mau belubang kepala dilukunya. hahaha…

3 subjects that you dislike.. why?

– semestinya Add Mate. hahaha…susah gile. lagipun cikgu yang ajar pun macam blur je. sampai sekarang yang Q ingat adalah pengamiran. hahaha…

– seterusnya adalah fizik. argh….Qmemang lemah betul bab-bab nak ingat rumus. resonan? kerja? daya? impuls? argh…apekah itu.yang dapat aplikasikan sampai sekarang ni adalah frasa ‘tekanan’ hahaha boleh gitu?…tapi sekarang ni rase rugi pulak tak belajo betul-betul. kan takleh jadik jurutera. hahaha…

– Bahasa Melayu. walaupun Q sekarang ni dalam jurusan untuk bergelar cikgu Bahasa melayu tapi masa dulu Q memang tak suka kat subjek ni sebab cikgu-cikgunya memanggg macam haram. ngajar macam tak ajar je. ingat bahasa Melayu ni semua orang dah tau. selalu je keluar pergi hantar budak main bola. mane yang paling penting, bola ke belajar? budak2 semua blur je. nasib baik makcik2 Q hampir semua cikgu, jadi pegila blaja dengan diorang. tuptup, keluar result hanya Q sorang dapat A kat sekolah tu. ishishish..kesian dengan yang lain. bedosa cikgu macam tu. jadi Q nak tanamkan impian dan hasrat untuk jadikan matapelajaran ni lebih menarik dan interaktif untuk diajar.

Interesting About Me…

– mase sekolah dulu Q ni pengawas yang berpengaruh jugaklah. hampir semua cikgu kenal. adik angkat? huh jangan cakap… aweks? opss…takde la beb pernah cuba tapi tak jadik. Q ni pemalu sikit orangnye. kalau pepagi tu muka ni la yang akan baca doa @ naikkan bendera @ check kuku, name tag orang. tapi satu je jangan buat taik dengan budak gengster tapi kawan dengan diorang. kalau diorang buat salah, kita tahan diorang tak akan marah tapi rasa hormat.

– dulu cikgu kelas dan budak2 kelas Q pernah gelar Q ni Ako Mustapha sebab diorang kate sebijik dengan Ako tu. huhuhu…malu gak tapi nak buat macam mana dah comel. hahaha. tapi sekarang ni dah berubah dah kot. mungkin macam diri sendiri kot.

– im chinese look a like (mase tu ye, skrg mcm tak je). mase sekolah dulu-dulu orang selalu konpius dengan Q same ade Q ni cine ke melayu. tapi Q memang rapat dengan student chinese. ada satu hari all my chinese friend kepung Q tanye yang Q ni melayu ke cina. tak puas hati lagi diorang tanye Q ni chinese masuk Ilsam ke sbb name abah Q ni Abdullah. tak puas lagi diorang tanye sedare atau ada kacuk chinese ke tak. hahaha. jawapannye tak. sebenarnya diorang concern sebab semangat dan komuniti diorang memang kuat. Q kagum. kalau orang tu orang cina je diorang akan tolong walau susah macam mane pun. sebab tu suka kawan dengan diorang berbanding dengan kawan lain.

I used to love…

– main game. dulu Q memang hantu game. cakap je game ape semua Q penah sentuh. tapi sekarang ni komputer dah tak support la pulak. almaklumlah komputer projek. baru tukar matherboard baru yang tak support kad grafik lame. tu la sekarang ni jadik blogingaddict.

– pet. memangggg suke binatang. dulu siap bercita-cita nak jadik doc vet lagi. pernah bercadang untuk bela macam-macam jenis binatang tak kirala dari yang berbulu sampaila yang bersirip. tapi tak boleh jugak sebab Q tak selalu ade kat rumah. kalau Q mula bela sesuatu mesti tak dapat support. tapi kalau bende tu dah besar dan cantik, diorang pulak yang lelebih. pernah terfikir nak buat perusahaan ternak arnab tapi sebab tak selalu ada kat umah dan takde sape nak uruskan sebab abah Q dah jadik usahawan yang macam nak berjaya gitu. Q pernah ada quote:

“bela anak orang ni samalah macam bela binatang, kalau gagal dalam membela binatang maka gagalla kamu dalam membela anak orang”

(tetibe teringat kat si Bongkok)

– invent or create new thing. kalau kecik-kecik dulu memang suke bukak semua alat permainan. nak tau ape yang buat bende tu bergerak. sampai orang2 tua kate Q ni hyperaktif sangat(sekarang ni taklah). lepastu mase cuti buat radio sendiri kat bilik pakai radio kereta. siap pasang soundsystem sekeliling bilik lagi tuh.

I couldn’t live without…

My heart. dah pernah cuba untukku lupakan tetapi kau tetap berdegup di dalam badanku. hahaha gitu? mane boleh hidup tanpa jantung wei!!! dari kecik aku jage.

Who did you call before you sleep at night?

– takde. dulu Q tak pakai enpon sebab duk kat asrama jadik Q akan buat ‘calligrafi’ sebelum tido. ‘call’ jugakkan? hahaha…

3 person you’ll gonna tag :

takde maknenye nak tag orang. nak balik kampung. raye wei..raye…huhuhu…

*****************************

Hilang Waras (c)

33 Komen

**********************************

5

Hipokrit?plastik?

mak selalu pesan

“senyumlah…walaupun hati kau sedang menangis”

******************************

6

cabaran

hidup hanya sekali,

tiada eksperimentasi.

walau ape pun halangan,

hidup mesti diteruskan.

pegang hanya SATU dalam hati,

pasti akan dibantuNya nanti.

kepada rakan yang baik budi,

sokongan kamu amat aku hargai.

*************************

0

lengkap sudah Trilogi Monolog Sepi

buat aku muhasabah diri..

trilogi ini bukan untuk aku sahaja

untuk rakan pembaca dan sahabat

yang menyokong Q dari mula

malam ini antara malam LailatulQadar

malam untuk aku nilai diri

terima kasih

banyak-banyak

Hilang Waras (b)

4 Komen

****************************************

3

jika

kita mahu lihat dia bahagia,

kita perlu lepas ia gembira.

begitu?

*******************************

4

mahu

diluah mati mak,

ditelan mati bapak,

dikemam mati diri,

disimpan mati hati,

digigit mati la aku…

**************************

Hilang Waras (a)

2 Komen

*************************************

1

bosan

bosan dengan suasana sekarang

kita semua sama

sudah kehilangan waras

kau dengan agenda kau

aku dengan hidup aku

********************************

2

mahu saja aku ubah segalanya.

mahu saja aku buang kau dari ingatanku

tapi aku tahu

kau masih sahabatku

walaupun sikap kau memang begitu

**************************************

Max Payne The Movie

8 Komen

+++++++++++++++++++++++++++++++

Max Payne thriller

akhirnya cerita based on gameplay yang aku tunggu-tunggu selama ini dah dimoviekan, cuma tunggu untuk dipublishkan je kat wayang.

sebenarnya aku suka giler sebab gameplay ala matrik gitu ni adalah antara gameplay yang berjaya menarik minat aku untuk menghabiskannya mase aku gila-gila main game dulu-dulu. sekarang ni aku bukan dah tak suka cuma keadaan komputer aku yang makin uzur dan komitmen lain di dunia nyata yang melambak macam haram.  

tapi satu je yang aku pelik mase dalam game ade ke binatang terbang-terbang tu?

++++++++++++++++++++++++++++

No More Moon Cake

13 Komen

Salam sejahtera

++++++++++++++++++++++++++++++

“””””””””””””””””””””””””””””No More Moon Cake”””””””””””””””””””””””””””

hari ini aku tak boleh tulis dan berfikir lebih-lebih kerana otak dan perut aku kini penuh disumbat dengan kuih bulan bahana ditarik ke pertandingan ‘makan kuih bulan paling cepat’. akhirnya hanya dapat tempat ke-2 sebab saat-saat terakhir semua yang dah aku telan dah nak keluar balik. bayangkanlah 3 bijik sekali jalan. hahaha… dan dalam masa terdekat janganlah ada dalam kalangan kamu semua menunjukkan atau menawarkan aku kuih bulan lagi, pasti akan terkeluar apa yang ada dalam perut kala ini.

jadi secara rasminya diistiharkan

pertama kali makan malam aka sahur

dengan makan kuih bulan

tapi aku nak ucapkan tahniah, tahniah dan tahniah kepada krew Pesta Tanglung 08/09 Kolej Canselor sebab berjaya mengadakan program dengan lancar. akan aku masukkan dalam KC Zone jika ada kesempatan.

satu lagi usaha merapatkan jurang perkauman

yang kini hebat dicanang putera puteri duniawi

++++++++++++++++++++++++++++++

Older Entries