~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Akar nibung meresap-resap
Akar mati dalam perahu
Terbakar kampung nampak berasap
Terbakar hati siapa yang tahu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alhamdulillah, hajat untuk bersahur dan beriftar bersama keluarga tersayang di hari pertama Ramadan akhirnya termakbul. seronok…itu saja yang boleh diluahkan. namun tercemar juga bila dipertengahan hari berlaku perkara yang tak disangka-sangka. berlaku kebakaran rumah selang beberapa buah rumah dari rumah Q. malang tak berbau. tapi asapnya berbau. sempat juga Q dan beberapa orang kampung membantu menyelamatkan beberapa barang dari rumah sebelah. cuba korang tengok, rumah sebelah pun kene sikit. banyak jugaklah yang kitorang tolong keluarkan. atap rumah sebelah dah mula berasap. kitorang yang ada dalam rumah tu dah mula rasa bahang. serius sebelah kejadian kebakaran je.

. kebakaran

ni ha minah reporter yang Q ikut dari belakang

bomba datang lewat. mungkin jalan sesak. kalau lambat sikit ‘konfrim’ rumah sebelah join buat BBQ. Q dengan berani ikut satu minah reporter pegi ambik gambo dari dekat. tapi gambo dekat semua kabur. yela pakai enset je.

Habis hangus

Habis hangus

semuanya berlaku dalam 10minit je. habis semua lesap. kasihan tuan rumah. sehelai sepinggang je. semua harta benda ranap hangus ditelan api. yang menyedihkan belum sempat beriftar sekeluarga untuk hari pertama dan mereka yang beginilah yang perlu dibantu. alahai…

mahu beri bantuan sebelum raya..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dalam kekacauan

ada juga yang berkelahi tentang ideologi yang berbeza

cukuplah…

tak perlu bersyarat

tak perlu juga menempelak

bantu saja mereka

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~