Balik Kampung Oii…

10 Komen

Daughtry – Home

SILA LAYAN DIRI!!!

TUAN RUMAH SEDANG LARI DARI TUGASNYA DENGAN MENGAMBIL CUTI SELAMA BEBERAPA HARI UNTUK BALIK KE KAMPUNG DENGAN ALASAN MENENANGKAN FIKIRAN.

“Hang balik la kampung kejap, kesian aku tengok hang. Muka hang dah pucat dah pasai tension n kepenatan. lepas tu hang jangan lupa pulak balik, banyak lagi kerja yang hang belum setelkan” kate Mr. Joe.

“Ok Boss…kalau macam tu perkara2 yang tak setel ni saya akan serahkan kat incektimbalanyangbaikhati buat sementara waktu la yek” kate aku pulak.

Mati Lemas

27 Komen

mungkin kita semua masih ingat lagi tentang kisah sedih ini. Lima puluh empat pendatang Myanmar, kebanyakannya perempuan, mati akibat sesak nafas dalam sebuah trak kontena di selatan Thailand ketika cubaan menyeludup mereka ke Pulau Phuket.

FAKTA: Pemandu lori tersebut masih lagi tidak ditemui dipercayai telah melarikan diri.

tapi hari ni aku bukan nak cerita tentang kematian akibat kelemasan di dalam lori. ada kaitan dengan lemas tapi berlaku dalam bilik aku sendiri.

Hari ni aku agak sedih sebab atas kecuaian aku sendiri kerana tak periksa mesin oksigen akuarium semalam. seperti hari2 biasa, aku ingat mesin tu takde masalah (mungkin sebab aku ni rabun jadi tak nampaklah dari jauh buih2 yang keluar). Mula tau bila nampak udang2(bukan udang dalam Hari Udang Sedunia) mula terlompat-lompat nak keluar dari akuarium tu. barulah aku perasan mesin tu tak idup sebab filter dia tersumbat. habis ikan2 kecik dengan udang kecik mati.

nasib baik my beloved Si Bongkok tak kiok, still steady bertemankan 3 ekor ikan emas dan 2 ekor ikan belang-belang sambil ditemani rapat oleh beberaa ekor udang kecik. xpe esok Q belikan ‘kawan’ baru yek Si Bongkok…

FAKTA: Si pemilik asal mesin oksigen akuarium masih lagi tak ditemui dipercayai melarikan diri dari membayar ganti rugi..

p/s: saje letak gambar besar-besar.

Sibuk Sajalah Kau Ni…

4 Komen

I

SIBUK…itu yang aku boleh cakap buat masa ni. hari esok(sabtu) adalah kertas aku yang terakhir untuk semester ini. tapi biasalah studi macam ‘cap ayam’ je disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan(rujuk: Balada Burung Hantu). Selain dari sibuk mengulangkaji untuk peperiksaan, aku ‘terpaksa’ menerima tugas-tugas extension selaku warga kolej dan universiti sehingga masa untuk aku bersama rakan-rakan dan keluarga terpaksa aku korbankan. namun aku tetap berterima kasih pada mereka kerana faham akan tugas yang aku perlu jalankan.

Miss Neno: esok harijadinya si Yan dan ‘Apam’ nak join x?

Q: nak ikut..bila?

Miss Neno: lepas abis exam esok. nak x?

Q: Insyaallah…kalau aku sempat.

Miss Neno: kau ni sibuk memanjang, rehatla sikit.

Q: Insyallah…

Miss Neno: kalau macam tu esok kau pegi ambil kek ‘besday’.

Q: OK…(alamak macam dah kene perangkap je, gentle aku yang kene belanje)

ingat lagi dulu masa besday aku, diorang kenekan habis-habis(rujuk: Sadis). tengoklah korang esok aku lepas tension kat korang gile-gile punye. hahaha. jangan marah. kalau tak tepung penuh satu badan, basah satu badan kene simbah pun jadiklah. hahaha.

II

Petang esok aku kene mempengerusikan mesyuarat kali pertama Kelab Akhbar Mahasiswa di hadapan orang-orang ‘besar’ yang aku takde resource langsung ape yang aku nak cakapkan. Siap kene bentang resolusi lagi tentang hala tuju, misi, visi, tentang akhbar yang bakal kami terbitkan akan datang. kalau menurut mantan pengarah yang lepas, mereka hanya menjalankan program-program rutin seperti bengkel penulisan dan fotografi dan menyumbangkan berita kepada penerbitan akhbar universiti. dan untuk kali ini semestinya mereka mahukan pembaharuan. dengar je begitu kepala otak aku macam nak meletup dah ni. jadi doakanlah semoga aku dapat jalankan mesyuarat nanti dengan lancar dan yang paling penting jangan ‘merapek’ dan ‘gebang’ dalam bilik mesyuarat tu, kata naib presiden kepada aku.

III

tensen+sedih ikan enjin oksigen akuarium mulfuntion kejap. ramai yang terkorban. yang tu aku citer esok..

MAS, Air Asia dan …

20 Komen

NAW EBELIBADI KEN DAI!!

bANZAiii!!!

Q: JUST JOKE!!! Incek Tony jangan saman sama saya ya…

Hari Udang Sedunia

26 Komen

sebuah kafe yang selama ini (selalunyalah) mendapat tempat dalam ruang mengumpat dan menyumpah seranah kami hari ini ingin ‘berbaik’ dengan aku. Bayangkan hari ini aku tempah Nasi Goreng Belacan+Telur Dadar yang biasa aku makan tiap-tiap malam, hari ini ‘meriah’ dengan udang-udang???

Yang peliknya udang dengan nasi dah sama banyak. hahaha…

Kemudian seorang teman datang;

Ima: ape yang kau makan tu???

Q: Nasi Goreng Belacan (jawab selamba)

Ima: Macam best je, lagipun banyak udang hari ni.

Q: takpelah, tempahlah dulu, aku tunggu.

Ima: Ok

(selang beberapa ribu saat)

Q: apesal monyok

Ima: Nasi aku takde udang langsung, adela daging brape ketul

Q: ??????

Dan lepas tu aku istiharkan Hari Udang berakhir dan hari ini Hari Daging pula.

Jangan Buang Tikus-Tikus Ini

13 Komen


Hari ni aku mengemas bilik ‘Majlis Tetingkap Murid’ yang berserabut bersama dengan seorang teman. Dalam kemas-kemas aku terjumpa ‘harta-harta karun’ ni. Untuk menyahut seruan kerajaan dalam ‘Program Kitar Semula’, jadi bagilah idea bernas nak buat apa dengan semua tetikus ini.

Misi Boikot Barang Belanda Tak Berjaya??

5 Komen

Produk Belanda tetap laris

Setelah sekian lama pemboikotan barangan Belanda di jalankan sebagai tindak balas terhadap tindakan Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang mengarah dan menerbitkan filem berjudul Fitna yang menghina agama Islam sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia masih lagi tidak menampakkan hasilnya. Walaupun orang ramai digalakkan memboikot barangan dari Belanda tetap ia masih menjadi pilihan pembeli. Permintaan terhadap jualan barangan dari Belanda di pasar raya-pasar raya tempatan sekitar ibu negara didapati tidak terjejas walaupun terdapat desas-desus bahawa ia akan diboikot oleh pengguna Islam.
Kalau kita lihat di pasar raya besar kita dapat lihat masih ramai lagi pembeli di pasar raya memilih untuk membeli barangan Belanda terutamanya barangan tenusu untuk kegunaan anak-anak mereka. kalau kita dapat lihat, yang paling agresif dalam memperjuangkan pemboikotan barangan Belanda ini pun cuma asar Raya Mydin. Hal ini dapat dibuktikan dengan mereka menghentikan pesanan stok barangan dari Belanda buat sementara waktu. sementara barangan buatan Belanda yang sedia ada diberikan label merah sebagai panduan untuk pengguna membuat pemboikotan.
Sebenarnya banyak faktor kenapa pemboikotan ini dilihat dingin dan kurang berjaya, antaranya:
(a) Kebanyakkan pasar raya besar yang ada di Malaysia bukan kepunyaan orang Islam, maka mereka tidak akan mengambil risiko untuk memboikot barangan yang mereka rasa akan merugikan mereka sendiri.
(b) Pemboikotan dilihat hanya sebagai perjuangan orang Islam, jadi orang bukan Islam buat tak kisahlah.
(c) Tiada sokongan dari pemerintah yang berkuasa.
(d) Pengguna kurang maklumat tentang pemboikotan barangan buatan Belanda.
(e) Mungkin umat Islam sekarang semakin kurang sensitif.(mungkin)

Dan banyak lagi faktor (korang boleh bagitau aku) yang menyebabkan pemboikotan barangan buatan Belanda disambut hambar.

Older Entries