ini wilayah H1N1.

15 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

wah, dah macam iklan selkom ya. begitu?

akhirnya hari ni terjawab persoalan yang UPM akan di’cuti’kan selama seminggu gara-gara selesema wawi yang dah sampai tahap jingga kat UPM. mengikut maklumat yang Q dapat, suspek yang disyaki menghidap H1N1 ni dalam anggaran 200+!!! tapi hanya dalam 4 yang ditahan di wad.

Q in mask

Lagi

Advertisements

Harap Fahami

9 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Harapan

semalam adalah hari penamaan calon

bagi mereka yang mahu merebut kerusi MPP UPM

kepada mereka Q ucap moga berjaya.

hari ini bermulanya penyusunan propaganda

Q harap mereka bersederhana

mulai hari ini bermula manis kata

Q harap mereka tunaikanlah

mulai hari ini kejahatan dan kebaikan berbaur sama

Q harap mereka renung-renungkanlah

mulai hari ini fitnah dan serakah akan bertebar

Q harap mereka henti-hentikanlah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dan adakah kau akan berdiam

bila kejahatan berlaku di depan mata?

tiada siapa akan marah jika kau senyap

pahami?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Awas!! mereka ada di mana-mana…

harimau maut

di mana-mana

harimau maut

di mana-mana

harimau maut

di mana-mana

harimau maut

di mana-mana

segala tidak-tanduk anda diperhati!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

Sakit dalam Sakit

19 Komen

depress_credit to_ishi_puccu

TEWAS?

SAKITNYA…

Lagi-lagi

bukan kehendak kita.

tapi apa kan daya

itulah yang termampu dibuat

tak lupa sokongan semua, terima kasih

walaupun sakit masih ada

bermain dalam sakit

sakit dalam sakit

lagi sakit

Bersama Kamu

8 Komen

memandangkan bulan ini merupakan bulan yang mulia, baik kiranya kalau aku mula lakukan sedikit amal kebajikan. semalam ketika aku menziarah blog Tongkangbocor, aku tertarik untuk menolongnya untuk menguar-uarkan berita ini. moga programnya berjalan dengan lancar.

Satu program Jalinan Mesra bersama Anak Yatim dan Fakir Miskin Rumah Kebajikan Nurul Qanaah, 34-A Jalan 10, Taman Batu, 68100, Batu Caves, Selangor akan dianjurkan oleh Biro Perpaduan dan Keharmonian, Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Canselor, Universiti Putra Malaysia pada 14 September 2008/14 Ramadhan 1429 Hijriah.

Kami amat mengalu-alukan sebarang sumbangan terutama dalam bentuk kewangan.  Semoga sedikit rezeki yang kita infaqkan di dalam bulan yang mulia ini dibalas berkali ganda oleh Allah S.W.T.

Sebarang sumbangan ikhlas bolehlah disalurkan kepada akaun CIMB sebelum 12 September 2008 :

MUHAMMAD ZUHAIRI ZOLKIPLEE

A/C – 0112-0062524-52-3

bro mintak komisen sikit dah promote ni. hahaha…