mau laptop percuma?
jadilah pelajar sekolah rendah di Terengganu.
ingat lagi tak dengan pengumuman kerajaan untuk memberikan laptop percuma kepada 25000 pelajar sekolah rendah di Terengganu? tujuannya tak lebih dan tak kurang untuk mendekatkan pelajar dengan dunia informasi tanpa sempadan dan mengelakkan pelajar dari membawa beg mengandungi buku-buku yang bertan-tan beratnya itu. lagi molek kalau revolusi ini dicantum sekali dengan program iTeacher.
yang menarik minat Q mengenai isu ini bukannya usaha murni kerajaan ini tetapi mengenai pembelian laptop yang akan diperolehi dari Taiwan. dengan peruntukan sebanyak RM30 juta, tiba-tiba Q teringat di mana dulu kita heboh-heboh, kecoh-kecoh, penghasilan komputer tablet touchscreen, Makcik PC.harga sekitar RM400-800.
mane bende tu sekarang? rasanya dulu Makcik PC lah yang mula-mula perkenalkan komputer mini pintar yang mampu milik. tapi sekarang kalau nak lihat dah merata dah komputer seumpamanya dan nama Makcik PC terus lenyap. ah, sudah! kalau Makcik PC dah ada mungkin bukan sahaja Terengganu tapi semua negeri kerajaan boleh support.
credit: digitaldome.org
:-bayangkan makcik jual nasik lemak layan WiFi Makcik PC sementara tunggu pelanggan.
Dis 28, 2008 @ 16:53:57
hmm..aku nak juga. Bole ke umur 23 tahun masuk sek rendah balik?Kalau makcik jual nasik lemak guna pc, alamatnya nasik lemak takda di tepi jalan dah, semua jual online..haha..
Dis 28, 2008 @ 17:51:10
mirhans – boleh2, makcik kantin aje layaknye. hahaha…kalau jual guna online bila nak sampainya order tu.
Dis 29, 2008 @ 05:27:14
gambar yang 2nd tu memang sesuai utk nama Makcik PC. haha
anyway..betul lah..mcm dah tak dengar je makcik pc skarang.
Dis 29, 2008 @ 07:37:42
uuu..best~~best~~freee…
Dis 29, 2008 @ 13:21:32
liyana – sorak ayam kampung tergadai…
lydia – ape yang bestnye? bukan boleh jadik budak sekolah balik. huhuhu…
Dis 30, 2008 @ 05:46:31
gambar itteww sungguh sadis larrr bro..
Dis 30, 2008 @ 10:06:13
agak2 makcik tu layan blog x..? huhuhu
Dis 30, 2008 @ 13:53:35
en_me – yang makcik tu ke? hahaha…
isnsuhada – mungkin…sekarang ni pun saya sedang membalas komen seorang makcik. hahaha…
Dis 30, 2008 @ 17:00:19
hmmmm… betul lah. dah senyap la plak skang makcik pc nie… skang ni pun dah banyak yg mcm makcik pc tu… tu sbb tenggelam kot makcik pc tu…
Dis 30, 2008 @ 20:20:51
BB – ntah jadik buat ntah tak…
Jul 14, 2010 @ 10:42:20
tadi aku sembang juga bab ini. Selaku rakyat Trg, pelik juga kenapa kalangan kami tak dapat.
Maka berceritalah seorang rakan saya yang dapat, “Aku dapat pun pasal masa isi borang, aku ‘jual’ nama seorang orang besar dalam TM.”
Perghhhhhhhhhhhhhh…………
‘Usahkan nak dapat, iklan/borang pun kami tak pernah tahu,’ bisikku dalam hati.