exams celebration

17 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

do not disturb, exams celebration in progress

do not disturb, exams celebration in progress

trying revised
although extremely difficult
still trying
still many challenges
many unexpected
still no end

with my dad still remain in wad

and my financial almost empty

can i make it?

god please help me!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Drama ‘Wajah’

15 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~

belum puas beraya mari kita berdrama pula.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pementasan Drama pendek

Pementasan Drama pendek

atas tuntutan subjek Lagi

ini wilayah H1N1 (2) : zombie apocalypse

6 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hari ini berakhirlah sudah sesi kuarantin yang menyakitkan jiwa.

dengan kuliah+tugasan+amali+microteaching+teater+skrip drama dan program universiti yang menunggu di depan pintu pagar menyambut kepulangan Q dengan senyum sinis. dan semalam juga bila Q baca balik entry minggu lepas, tetiba Q terfikir dan terbayang akan satu situasi yang maha dahsyat dengan gabungan imaginasi yang kuat,  dan dengan gaya penulisan dan penceritaan yang tidak seberapa hebat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

‘Mayat Hidup’

dan sekoyong-koyongan si makhluk hina dina iaitu kuman H1N1, SARS dan Chikugunya yang ada sekarang telah mencapai kata sepakat dan bergabung untuk berevolusi menjadi lebih kuat dengan bantuan kerajaan negeri dalam usaha mengembangkan industri babi di malaysia ke peringkat antarabangsa. kuman-kuman ini mula merembeskan sejenis virus yang menyerang sistem saraf otak manusia.

Lagi

ini wilayah H1N1.

15 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

wah, dah macam iklan selkom ya. begitu?

akhirnya hari ni terjawab persoalan yang UPM akan di’cuti’kan selama seminggu gara-gara selesema wawi yang dah sampai tahap jingga kat UPM. mengikut maklumat yang Q dapat, suspek yang disyaki menghidap H1N1 ni dalam anggaran 200+!!! tapi hanya dalam 4 yang ditahan di wad.

Q in mask

Lagi

Sokongan Moral

6 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalau orang sudah berilmu,

bagai ular berbisa,

menyusur akar pun tidakkan hilang bisanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bicara siswa @ Uniten

Semalam Q menghadiri rakaman siaran langsung Bicara Siswa di Uniten

bukan sebagai panel

hanya sebagai penonton biasa

sekadar memberi sokongan kepada panel

merangkap MPP UPM aka rakan sekolej aka mantan rakan setugas

Q kenalah bagi sokongan press katakan

minggu lepas

juga sahabat Q si YDP Redapples

menjadi panel Bicara Siswa

tumpang bangga

tumpang gembira

tumpang glemer

mencapap bak kate kak shanie

hahaha…

rindu ingin bertemu mereka

berbual

sapa mesra

tapi apakan daya

mereka ada komitmen tersendiri

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

rasa teruja bila majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dibaca sendiri oleh pengacaranya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

lepas sudah segalanya

9 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Wahai barisan Damak, berlatihlah bersungguh-sungguh”

-ciam-

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Qdetactive@MTSR24

akhirnya tamat juga penyeksaan demi penyeksaan yang dihadapi

dengan 3 bulan bertungkus lumus

maka terzahirlah

teater Bangsawan ‘Tun Kudu’

walau masih ada yang membelenggu

walaupun celaru hampir menguasai jiwa

Q tetap berfikiran terbuka

Qdetactive@MTSR24

prop yang mengambil masa 3 bulan ntuk disiapkan

hanya mengambil masa 30 minit untuk di rebahkan

walau apa pun

tahniah semua

kerana berjaya mementaskannya

tahniah

dan malam itu

hati ini ada sedikit berdebar-debar

terjumpa sinar dihujung mimbar

hmm…

mungkin…..

mungkin saja…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

seorang sahabat ada sms

S: Tahniah! persembahan yang hebat, segar dan penuh makna. nampak kerjasama dan bawa makna kepada penonton.

Q: trimas. terubat juga lara dijiwa

S: rindu gelak tawa kau..

Q: Hmm…mungkin selepas habis segalanya kot.

S: akan ku tunggu dengan penuh keimanan.

Q: yo la tu ekau ni. hahaha…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MTSR24: Teater Tun Kudu

2 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dewan Banquet UPM

mari adik, mari abang, mari cik-cik,

puan-puan, abang-abang, tuan-tuan, puan-puan

semua ke…


Malam Teater Sastera Rakyat ke-24

“Tun Kudu”

Tempat: Dewan Banquet. UPM

Masa: 8.30 pM

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ya Gaza!! Baca Puisi Pena & Malam Kenduri Puisi 2009

4 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

i

Ya Gaza…Ya Palestina…Ya Hamas…!!

Semalam Q dan rakan dijemput ke satu majlis

kenduri puisi pbmp 09

(sorry agak gelap sikit)

Baca Puisi Pena & Malam Kenduri Puisi

di Rumah PENA

anjuran

Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) & Pelajar Bac. Pend. PBMP UPM

kesimpulannya…

Sempoi beb!!

semuanya berkisar tentang isu bahasa dan semasa

kemanusiaan dan wawasan

antara yang hadir

Khalid Salleh, Arbak Othman, Dato’ Dr Kemala,Pak AGI, Zulfazlan,

Aminhad, Napie Mat, Mas Adeki dan ramai lagi yang Q dah lupa

dan persembahan adik-adik junior yang cool

tahniah!!

“Jangan digunting lidah ibundaku

Terlaknatlah barang siapa yang mengguntingnya”

– Khalid Salleh –

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ii

masih dalam majlis Kenduri Puisi

telah dibuka gerai buku

Q yang ‘gila membeli tanpa membaca’ ini

rambang mata

dan akhirnya

buku sastera

antaranya Syurga ke Sembilan (Dato’ Dr Kemala), Mencari Indah (Lim Swee Tin), Kesusasteraan Bandingan (Ahmad kamal), Kritik Sastra (Suroso, Puji, Pardi), Seuntai Kasih Secebis Harapan (Mas Adeki), Berguru Pada Binatang (Baha Zain).

dan tahu jumlahnya?

RM120/-

Nga……

kopak poket

tapi memang dah takleh ubah

takleh jumpa kedai buku

gila beli

perap dalam almari

bukan bace pun

buat perpustakaan mini katanya

hahaha…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

iii

Anti PPSMI

ingat!!

hari ini hari bersejarah

07/03/09

perhimpunan raksasa di hadapan Istana Negara

ingat!!

apa lagi yang tinggal atas nama Melayu

hanya tinggal bahasanya yang makin diragut dipagut

sedikit demi sedikit

mana?

Tanah Melayu? telah dicabut

Bangsa Melayu? telah dicabut

lihat di kad pengenalan kau, bangsa warganegara

bukan oleh siapa

dari bangsa sendiri juga

sejak dari Putra hingga ke Lah

muhasabahlah

bukan salah siapa

ilmu bukan milik sesuatu bahasa

maka pergunalah sebaiknya

mungkin kekurangan makalah berbahasa Melayu

tentang perkara berkaitan Sains dan Matematik

menjadi sebutan dan angkara

nah!!

maka pihak yang berkenaan sila buka mata.

Jiwa Kacau

4 Komen

fever

tak tahu hari ini mahu berkongsi apa.

setelah selesai pementasan semalam

hari ini demam mula terasa

sakit badan dah tak boleh nak kata

hari ini juga seperti biasa

penat

lemas

rimas

sasau

jiwa kacau

sudah jadi biasa

assignment_zero_wide

bagai semua kerja mahu dibuat dalam satu masa

bukan merungut atau mengata

tapi hakikat semua manusia punya batas norma

bukan salah siapa

atau tuding jari pada sesiapa

cuma ingatkan diri juga

bagai robot lagaknya

pengikut tak bermata

agaknya aku perlu muhasabah dan merencana semula masa

kalau tidak

“yang dikejar tak dapat

yang dikendong keciciran”

alahai…

Gugur Kehormatan

12 Komen

tiada kena-mengena

geram..

hari ni kreadibiliti aku

sebagai seorang pelajar dan bakal guru tercabar.

dari seorang yang amat aku kagumi selama ini

hari ini

dia buat tahi

jadikan kami induksi set pengajaran

jadikan kami bagai pesalah yang bakal dipancung

oleh Israel lagaknya

tiada kene mengena ok…

aku keliru

selama adab mengajar diterap

selama cara mengajar yang terbaik diserap

dilanggarnya sendiri pula

semangat berkobar-kobar ingin penuh ilmu didada

bertukar jadi sampah

penat jerih berkaki ke medan ilmu

dibayar dengan cercaan yang ntahape2ntah

khilaf yang terpaksa dibayar dengan mahar yang mahal

jadi Q isytihar sem ini

“SEMESTER INDUKSI SET JADAH”

dah kau mintak

bebel dulu baru mengajar

mane tak down

pengingat diri

akan aku perangi induksi set jadah begini

pemusnah semangat

dan hari ini

hilang satu lagi

kehormatan ke atas seorang yang amat aku kagumi…

Q lepas geram kat sini

Q: minta maaf hari ini beremosi, meluahkan yang tak sepatutnya. tidak pernah begini. cuma hari ini. mungkin esok baik. mungkin sahaja…

* induksi set yang dimaksudkan adalah pemulaan pengajaran.

Older Entries