Gerila

3 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

PRK UPM

Pimpinan telah dibubar,

Komunis mula keluar,

Risalah mula beredar,

Propaganda mula menjalar,

Calon mula berdegar,

Mastermind senyum bersandar,

Pengundi tutup mata,

Pengundi tutup telinga,

Pengundi tutup segala,

Baling dart… kita tengok sapa yang kena!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Telingkah Dingin

14 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Teman Ku cari Musuh Yang Datang,
Datangnya Dengan Pelbagai Alasan,
Kalau Benar Dirimu Terbilang,
Pasti Bisa Jadikan Kawan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

evolusi

YB-YB, Dato’-Dato’, ustaz-ustaz, tokei-tokei, pakcik-pakcik, tuan-tuan, makcik-makcik, uncle-uncle, bos-bos, cikgu-cikgu, anak-anak…

Sudahlah

Lagi

ini wilayah H1N1 (2) : zombie apocalypse

6 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hari ini berakhirlah sudah sesi kuarantin yang menyakitkan jiwa.

dengan kuliah+tugasan+amali+microteaching+teater+skrip drama dan program universiti yang menunggu di depan pintu pagar menyambut kepulangan Q dengan senyum sinis. dan semalam juga bila Q baca balik entry minggu lepas, tetiba Q terfikir dan terbayang akan satu situasi yang maha dahsyat dengan gabungan imaginasi yang kuat,  dan dengan gaya penulisan dan penceritaan yang tidak seberapa hebat.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

‘Mayat Hidup’

dan sekoyong-koyongan si makhluk hina dina iaitu kuman H1N1, SARS dan Chikugunya yang ada sekarang telah mencapai kata sepakat dan bergabung untuk berevolusi menjadi lebih kuat dengan bantuan kerajaan negeri dalam usaha mengembangkan industri babi di malaysia ke peringkat antarabangsa. kuman-kuman ini mula merembeskan sejenis virus yang menyerang sistem saraf otak manusia.

Lagi

Tanya sama pokok

4 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tanya sama pokok apa sebab goyang

nanti jawab pokok angin yang goncang

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sedang mencari erti sebenar One Malaysia

apa itu OM?

apa yang kau paham tentang OM?

apa yang kau nak dari OM?

apa yang OM boleh beri pada kita?

apa yang kita boleh beri pada OM?

siapa sasaran OM?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kembalikan pada yang hak

4 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Biar papa

asal bergaya”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

i

terjadi lagi!!

masuk kali ini sudah banyak kali

tak serik-serik rupanya kau ni

mau saja aku cekik pakai tali

atau

dicubit sampi tanggal kau punya kemili

dan kali ini mangsanya adalah bilik Tongkang dan Epal

Pencuri!!

apa mau jadi kau ni

kalau susah bukan kami pukul mati

sudah jadi tanggung jawab saling bantu membantu

jangan sampai kami panggil mereka yang berilmu

kan membusung perut kau kaku

jangan kau diam membisu membatu

serah kembali pada yang hak

faham!!

surat mohon atau amaran?

Al-Quran ada menyebut

“Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan karena kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu, dan memperbaiki ( dirinya) sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(QS. An-Nahl: 119)

“Maka barangsiapa yang bertaubat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu, dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang.(QS. Al Maaidah: 39)

“Tuhanmu telah menetapkan atas diriNya kasih sayang,(yaitu) bahwasanya barangsiapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya, dan mengadakan perbaikan, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(QS. Al An’aam: 54)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ii

Menang ke kalah

kau tetap sama

SAMPAH!!

teruskan gantung

teruskan pangkah

yang naik tetap pembawa masalah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ya Gaza!! Baca Puisi Pena & Malam Kenduri Puisi 2009

4 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

i

Ya Gaza…Ya Palestina…Ya Hamas…!!

Semalam Q dan rakan dijemput ke satu majlis

kenduri puisi pbmp 09

(sorry agak gelap sikit)

Baca Puisi Pena & Malam Kenduri Puisi

di Rumah PENA

anjuran

Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) & Pelajar Bac. Pend. PBMP UPM

kesimpulannya…

Sempoi beb!!

semuanya berkisar tentang isu bahasa dan semasa

kemanusiaan dan wawasan

antara yang hadir

Khalid Salleh, Arbak Othman, Dato’ Dr Kemala,Pak AGI, Zulfazlan,

Aminhad, Napie Mat, Mas Adeki dan ramai lagi yang Q dah lupa

dan persembahan adik-adik junior yang cool

tahniah!!

“Jangan digunting lidah ibundaku

Terlaknatlah barang siapa yang mengguntingnya”

– Khalid Salleh –

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ii

masih dalam majlis Kenduri Puisi

telah dibuka gerai buku

Q yang ‘gila membeli tanpa membaca’ ini

rambang mata

dan akhirnya

buku sastera

antaranya Syurga ke Sembilan (Dato’ Dr Kemala), Mencari Indah (Lim Swee Tin), Kesusasteraan Bandingan (Ahmad kamal), Kritik Sastra (Suroso, Puji, Pardi), Seuntai Kasih Secebis Harapan (Mas Adeki), Berguru Pada Binatang (Baha Zain).

dan tahu jumlahnya?

RM120/-

Nga……

kopak poket

tapi memang dah takleh ubah

takleh jumpa kedai buku

gila beli

perap dalam almari

bukan bace pun

buat perpustakaan mini katanya

hahaha…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

iii

Anti PPSMI

ingat!!

hari ini hari bersejarah

07/03/09

perhimpunan raksasa di hadapan Istana Negara

ingat!!

apa lagi yang tinggal atas nama Melayu

hanya tinggal bahasanya yang makin diragut dipagut

sedikit demi sedikit

mana?

Tanah Melayu? telah dicabut

Bangsa Melayu? telah dicabut

lihat di kad pengenalan kau, bangsa warganegara

bukan oleh siapa

dari bangsa sendiri juga

sejak dari Putra hingga ke Lah

muhasabahlah

bukan salah siapa

ilmu bukan milik sesuatu bahasa

maka pergunalah sebaiknya

mungkin kekurangan makalah berbahasa Melayu

tentang perkara berkaitan Sains dan Matematik

menjadi sebutan dan angkara

nah!!

maka pihak yang berkenaan sila buka mata.

Rileks la bro…

19 Komen

i

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Q dapat tau yang blog Q yang ensem ini dilinkkan dengan blog Pro Mahasiswa. agak terkejut. tapi di sini Q  nak bagitahu yang Q tidak menyebelahi mana-mana pihak. neutral gitu.

seorang pemerhati bebas

yang batil tetap batil, yang cantik tetap cantik, mahmudah dan mazmumah tetap masih boleh dibezakan.

esok adalah hari penentu

tipulah kalau kata apa yang berlaku sepanjang tempoh sebelum pengundian tak mempengaruhi pemikiran Q serba sedikit.

ramai jugak calon yang Q jumpa dan berbual-ramah mesra

ada suka dan ada yang duka

tanda tanya banyak bermain dalam kepala.

teka-teki terjawab satu-persatu

ape-ape kita tengok esoklah

kepada rakan-rakan Q yang bertanding

Mr. S, Mr. J, Mr S, Mr. L, Mr. N(B), Mrs. L, Mrs. S, Mrs. A

moga berjaya!!

kalau kau rasa kau layak, kau dah menang sekarang ni.

kepada Mr. L

mungkin ini bukan rezeki kamu

bukan tempat kamu

buat masa inilah

yang penting

JANGAN JADI JAHAT!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ii

ok

kali ni kita redakan sikit keadaan…

tag ni sebenarnya dah lama Q nak buat tapi tak tersempat-sempat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Senaraikan 10 perkara pasal BuzzyBug [si pengetag].

– BB adalah seorang yang pelik

– dia tak suka makan durian.rugi…rugi…

– sekarang dia kat Penang

– dia penggila si Garfield

– dia tak kawen lagi

– dia suka shopping. normalkan? hahaha

– dia suka makan tapi badan dia tak beso

– dia suka pusing-pusing Penang, tak pening ke. hahaha

– dia tergilakan kat mamat foreigner aka Japanese/Korea.

– dia antara yang terawal support Q kat WordPress.TQ.

Novel kegemaran…

takde novel kegemaran sebenarnya.

nak bace tak sempat je

novel jiwang nolayan.

5 benda kesayangan saya…

kalau setiap kali keluar kemane-mane pun Q akan bawak bebenda ni

dah kira macam barang wajib

{1} Cermin mata

cermin mata

kalaulah aku dapat cermin mata macam ni…

{2} henfon baru ku

w910i

sebelum ni nokia. boikot ke? hahaha…ntah

{3} kamera

exz70

7.2 megapixel jerr…nak pakai dslr x cukup ongkos lagi

{4}  kawan-kawanku.

nak kene letak gambo jugak ker? no need la…

{5} my desktop

yang ni takkan nak bawak jalan-jalan jugak kot.

tapi dengan ni la Q rasa dunia ni takde sempadan.

yeke? hahaha…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Older Entries