Tak tau nak cakap macam mana
semacam ada semua dalam satu perasaan
Puas?
gembira?
sedih?
bangga?
marah?
semacam mau menjerit
“dah habis?”
yup, persembahan teater ‘BUAI’ sudah kami selesaikan
Puas?
bila dapat menjayakan watak selayaknya
namun dihati kecil masih ada kekurangan
nak tahu kene tunggu postmortemlah
gembira?
bila mendapat pujian bertali arus
“tak sangka kau boleh buat itu..”
“wah, hebatnya kau”
“amboi, semangat jibek siot”
aku hanya senyum
marah?
bila semangat pasukan mula semakin aku rasa berkurangan
mungkin aku terlampau ikut dengan semangat yang lepas
mungkin sajalah
sedih?
bila membayangkan kami semua krew ‘Buai’ bakal berpisah
terus dengan kehidupan sendiri
lagi-lagi pelakonnya
galak tawa bersama
ah…yang sudah tu sudahlah!!
tumpukan yang masih ada
kau pun tahu itu permulaan
bagi minggu-minggu yang sibuk lagi menyemakkan
ah… larung sajalah labu…
dan esok bermula kehidupan biasa kau yang macam …
kau sendiri pun tahu..ngaa….
Trivia Buai
* penat tadi telah mendatangkan demam dan selesema pada Q. penat siot…
* watak papa yang dilakonkan oleh Hanafi Harjono telah mendapat tepukan gemuruh atas kegarangannya?
* Maya (Syuhada) aka awek Rosli tidak pernah keluar dari pentas waima untuk minum.
* seluar yang dipakai oleh watak Rosli telah rosak zipnya. nasib baik bajunya panjang. buat dono je lah.
* pokok sena dan buai adalah prop yang paling mencabar minda untuk dibuat iaitu seminggu untuk disiapkan tetapi hanya mengambil masa lima minit untuk diruntuhkan menjadi cebisan-cebisan.
* gambar belum boleh upload. bila ada kesempatan Q akan ye.
Komen Pengintai