e-go

2 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, padahal kamu paling tinggi (darjat), jika kamu orang yang beriman”

(ali-imran:139)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kesunyian

e

Sekian lama ditinggalkan

Terasa seperti disisihkan

semakin lama menghitung hari

selama itu juga seperti dilupakan

hati takkan pernah tawar

cuma jiwa semakin cemar

tangis sudah tidak berlagu

sudah hilang sendu

sudah hilang pengadu

pergilah membawa diri

dengan tubuh terhuyung hayang

tanpa ada arah tuju

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Advertisements

kahkahkah?

2 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

pokok tua

ada sebatang pokok tua,

bila hujan beberapa helai daun tumbuh,

bila musim luruh,

angin menerbangkan kesemua daunnya.

jika diberi pilihan, yang mana satu akan jadi pilihan kamu?

HUJANKAH? ANGINKAH? MUSIM LURUHKAH? DAUNKAH? ATAU POKOKKAH?

Lagi

otak kiri kanan?

4 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`

otak

hari ni Q masih lagi gianmenjawab kuiz yang ada

kali ini bahagian otak manakah yang anda gunakan

dan jawapannya

yang protagonis tentang Q

ANDA CENDERUNG MENGGUNAKAN OTAK KANAN

CIRI2 MEREKA YANG MENGGUNAKAN OTAK KANAN

kreatif,global (tgk sesuatu dlm konteks menyeluruh),deductive (tgk general dlu br specific),simultaneous atau multifunctional (bole wat keje byk2 dlm satu masa,pandai melukis, bermain lagu, menyanyi, mereka bentuk,bersifat emosi dan bertindak secara mengikut perasaan,lebih suka berkhayal,mempunyai kuasa gerak hati yang kuat, besar kemungkinan sangat cerdik dan mereka mungkin akan sesat dalam dunia imaginasi.

dan yang antagonis tentang Q

CIRI2 MEREKA YANG MENGGUNAKAN OTAK KIRI

analytical, inductive (tgk specific dlu br general),sequence (buat satu2 keje dlm satu masa),pandai membaca, mengira, berucap, menganalisis, menunjukkan keupayaan yang kuat dalam matematik dan sains,sifat yang lebih teratur

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

kepada Syam

hati2 ke negara orang

bawa balik oleh-oleh dari sana

makhluk angguk-angguk mahu juga

bukan hejwanenwan

minta sisih

minta doa

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ada apa dengan nama

2 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ILMU

makin kita teroka makin luas cabangnya.

bumi

dunia ni tak kecik,

cuma pemikiran kita saja tidak mahu terima.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

semalam Q ada main dua test kat facebook mengenai ujian nama. ni hasilnya:

ada apa dengan nama

Q : Anda seorang hipokrit, pentingkan diri.
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
M : Kejayaan mudah datang kepada anda.
A : Anda menjadi sangat pendiam apabila anda sedang memikirkan sesuatu.
R : Anda seorang yang gemar bersosial.
U : Anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.
L : Anda sangat percaya denga cinta dan mudah tengelam ke dalamnya.

hipokritkah? pendiamkah? sosialkah? kahkahkah…

itu kamu boleh nilai sendiri

dan ini ada satu lagi

Makna Cinta Dari Nama Mu :

Q..seorang yang hipokrit
A..seorang yang gila-gila
M..membuat pacaran lebih menarik
A..seorang yang gila-gila
R..seorang yang lucu
U..disenangi oleh semua orang
L..pemberi ciuman yang bagus

dan ini penjelasannya:

“Di situ kita mungkin kenal diri kita, buatkan juga untuk pasangan kita dan tengok persamaan, jauh dari perbezaan. Hendak cari perbezaan memang seratus kita akan jumpa dan hendak cari perbezaan, seribu yang akan menjelma.

Tak wajib betul harus salah, setakat suka-suka, sekurang2nya kita ada panduan utk mengenal pasangan kita, atau saingan kita. Semuanya ALLAH punya kuasa, tapi tentu setiap sesuatu itu ada rahsia yg tersembunyi. Kalau sekarang baru tahu bukan bermakna ia tak ada, tapi kita yang belum jumpa.

Akhir kata, selamat bercinta buat kali pertama dan itulah yang pertama dan terakhir. Cinta untuk cita-cita kerana cinta bukan untuk ditangisi tapi dinikmati.”

-H. M. TUAH ISKANDAR

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tie-break

6 Komen

Kali ni Q nak bagi tutoriai bagaimana nak ikat tali tie dengan cara yang betul. yela bukan ke sekarang ni musim adik-adik yang dapat melanjutkan pengajian ke IPTA/IPTS menempuh alam baru. so…Q nak ucapkan tahniah tahniah tahniah atas kemasukan anda. bukan senang tau nak masuk. er…okey senang tapi semua atas usaha jerit perih pahit maung manis masam masin yang anda lakukan sendiri. masa orientasi nanti memang full kene pakai baju formal. jadi tali leher memang tak boleh nak skip.

nak pakai tali leher pulak tak boleh la serabai-serabai. hujung tie tu kenalah sama dengan keala tali pinggang. jangan terlampau pendek atau terlampau panjang.

tali leher

dah masuk pun bukan boleh duduk senang lenang lagi. semua korang kene buat sendiri. tak caye tanye akak abg senior korang nanti.

Q pula sekarang ni sedang dalam mode senyap. mode persediaan untuk menyambut adik-adik baru yang akan masuk ahad ni. yang sedihnye kolej Q dapat paling la sedikit kemasukan pelajar baharu kali ni. tapi takpe, dengan semangat dan azam yang kental kitorang percaya kitorang mampu meletup seperti sebelum2 ni.

Galeri

10 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sekarang ni banyak galeri lukisan tumbuh bak cendawan.

tiba-tiba Q teringat dahulu masa Q kecil berhingus baru nak kenal ape itu galeri lukisan. mase tu Q nak ke kedai runcit bersame adik Q si Ilham dengan hanya berbasikal ape kira membeli tepung dan telur sebarang dua untuk dibuat jemput-jemput. dalam perjalanan nak balik ternampaklah satu kedai yang baru dibuka. nampak macam banyak barang je kedai baru tu. jadi kitorang pun masuklah dengan beraninye..

Kak X: Selamat datang dik, galeri ni baru saja dibuka dan adik antara yang pertama datang!!

Q: ni kedai ape kak?

Kak X: ni galeri lukisan dik. kalau parent adik nak beli gambar yang cantik-cantik untuk letak kat rumah bolehla datang kat sini.

Q: berape kak harga dia?

Kak X: ade yang RM50 sampailah RM1K+ pun ade

Q: wow cantik…kalau macam tu saye nak yang dua ringgit ade??

berdekah diorang ketawe kat Q. ntah apela yang diorang fikir mase tu. akhirnye kitorang dapat satu gambar khat berframe percume. seronok gile. tapi tak lame. sampai kat rumah kitorang kene leter sebab tertinggal tepung dan telur kat galeri tu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Serius

5 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

miss u

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Older Entries