Update: Drama ‘Wajah’

16 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Selesai sudah pementasan

Kini semua tinggal kenangan

Kembali semula ke mood tugasan”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lagi

Drama ‘Wajah’

15 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~

belum puas beraya mari kita berdrama pula.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pementasan Drama pendek

Pementasan Drama pendek

atas tuntutan subjek Lagi

Edisi Hari Guru Negara Bangsa

2 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

pelita hidup

Guru ibarat pelita hidup

Selamat Hari Guru

dengan tema

“Guru Pembina Negara Bangsa”

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

muzik dan vocal boleh diperdengar di sini

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

lepas sudah segalanya

9 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Wahai barisan Damak, berlatihlah bersungguh-sungguh”

-ciam-

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Qdetactive@MTSR24

akhirnya tamat juga penyeksaan demi penyeksaan yang dihadapi

dengan 3 bulan bertungkus lumus

maka terzahirlah

teater Bangsawan ‘Tun Kudu’

walau masih ada yang membelenggu

walaupun celaru hampir menguasai jiwa

Q tetap berfikiran terbuka

Qdetactive@MTSR24

prop yang mengambil masa 3 bulan ntuk disiapkan

hanya mengambil masa 30 minit untuk di rebahkan

walau apa pun

tahniah semua

kerana berjaya mementaskannya

tahniah

dan malam itu

hati ini ada sedikit berdebar-debar

terjumpa sinar dihujung mimbar

hmm…

mungkin…..

mungkin saja…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

seorang sahabat ada sms

S: Tahniah! persembahan yang hebat, segar dan penuh makna. nampak kerjasama dan bawa makna kepada penonton.

Q: trimas. terubat juga lara dijiwa

S: rindu gelak tawa kau..

Q: Hmm…mungkin selepas habis segalanya kot.

S: akan ku tunggu dengan penuh keimanan.

Q: yo la tu ekau ni. hahaha…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MTSR24: Teater Tun Kudu

2 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dewan Banquet UPM

mari adik, mari abang, mari cik-cik,

puan-puan, abang-abang, tuan-tuan, puan-puan

semua ke…


Malam Teater Sastera Rakyat ke-24

“Tun Kudu”

Tempat: Dewan Banquet. UPM

Masa: 8.30 pM

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kau Kebanggaan Kami

4 Komen

timbul bangga dalam hati

apabila bahasa ibunda mula diperhati

tika bangsa sendiri mengikis mencaci

orang luar mula memuji mengagumi

tika PPSMIĀ  dipertikai

PABM pula menjadi tumpuan

moga lidah ibundaku tidak dikerat lagi

Juara PABM Nusantara

Syamsul Salleh, Kebejatan Moral Petanda Keruntuhan Tamadun

Kau Kebanggaan Kami

ini adalah penyataan tahniah Q secara rasmi

juga dari rakan-rakan di sini

agak jarang jumpa kini

maklumlah komitmen yang perlu dibawa

apa-apa moga terus berjaya


Juara PABM Antarabangsa

Novavy Sles (Nawawi Salleh) dari Kemboja, Tajuk Pidato : Malaysia Gemilang Dipersada Antarabangsa


PABM 09


Ya Gaza!! Baca Puisi Pena & Malam Kenduri Puisi 2009

4 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

i

Ya Gaza…Ya Palestina…Ya Hamas…!!

Semalam Q dan rakan dijemput ke satu majlis

kenduri puisi pbmp 09

(sorry agak gelap sikit)

Baca Puisi Pena & Malam Kenduri Puisi

di Rumah PENA

anjuran

Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) & Pelajar Bac. Pend. PBMP UPM

kesimpulannya…

Sempoi beb!!

semuanya berkisar tentang isu bahasa dan semasa

kemanusiaan dan wawasan

antara yang hadir

Khalid Salleh, Arbak Othman, Dato’ Dr Kemala,Pak AGI, Zulfazlan,

Aminhad, Napie Mat, Mas Adeki dan ramai lagi yang Q dah lupa

dan persembahan adik-adik junior yang cool

tahniah!!

“Jangan digunting lidah ibundaku

Terlaknatlah barang siapa yang mengguntingnya”

– Khalid Salleh –

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ii

masih dalam majlis Kenduri Puisi

telah dibuka gerai buku

Q yang ‘gila membeli tanpa membaca’ ini

rambang mata

dan akhirnya

buku sastera

antaranya Syurga ke Sembilan (Dato’ Dr Kemala), Mencari Indah (Lim Swee Tin), Kesusasteraan Bandingan (Ahmad kamal), Kritik Sastra (Suroso, Puji, Pardi), Seuntai Kasih Secebis Harapan (Mas Adeki), Berguru Pada Binatang (Baha Zain).

dan tahu jumlahnya?

RM120/-

Nga……

kopak poket

tapi memang dah takleh ubah

takleh jumpa kedai buku

gila beli

perap dalam almari

bukan bace pun

buat perpustakaan mini katanya

hahaha…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

iii

Anti PPSMI

ingat!!

hari ini hari bersejarah

07/03/09

perhimpunan raksasa di hadapan Istana Negara

ingat!!

apa lagi yang tinggal atas nama Melayu

hanya tinggal bahasanya yang makin diragut dipagut

sedikit demi sedikit

mana?

Tanah Melayu? telah dicabut

Bangsa Melayu? telah dicabut

lihat di kad pengenalan kau, bangsa warganegara

bukan oleh siapa

dari bangsa sendiri juga

sejak dari Putra hingga ke Lah

muhasabahlah

bukan salah siapa

ilmu bukan milik sesuatu bahasa

maka pergunalah sebaiknya

mungkin kekurangan makalah berbahasa Melayu

tentang perkara berkaitan Sains dan Matematik

menjadi sebutan dan angkara

nah!!

maka pihak yang berkenaan sila buka mata.

Older Entries