~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

i

Ular tedung jangan dipermudah,
Biasanya dapat membawa maut,
Jika tidak maut merana juga;
Berhujan panas aku tak endah,
Keris lembing aku tak takut,
Kehendak hati kuturut juga.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ii

Dugaan demi dugaan menimpa, perkara lumrah bagi manusia, cuma…mampukah kita menerima? menolak? atau sekadar membiarkan sahaja. semuanya terletak pada diri kita, atau perlu tangan kedua mengubahnya?

atau sudah terbiasa diperkotak katik seperti boneka? bukan kerana terpaksa tetapi tidak tahu berbuat apa-apa. kabur… seperti ‘Lembu di cucuk hidungnya’, mereka hanya berkata ‘ya’. benci manusia begitu, benci juga jadi begitu. jangan cepat melatah. jangan pula cepat berubah arah. sesungguhnya Allah benci manusia mazmumah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

iii

We cant fullfill all human need

Just do what you should do

and leave the rest to Allah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~