~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Selesai sudah pementasan

Kini semua tinggal kenangan

Kembali semula ke mood tugasan”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

alhamdulillah pementasan kami selesai sudah akhirnya. kelima-lima kumpulan berjaya mempersembahkan dengan jayanya. walaupun pada siangnya tercemar sedikit dengan kes kehilangan disebabkan kecurian, namun langsung tidak menjejaskan tumpuan kami untuk terus menjayakan tugasan yang setelah berbulan-bulan digilap. syukur juga dipanjatkan kerana kumpulan drama pendek kami berjaya dinobatkan sebagai drama terbaik bagi pementasan drama pendek 2009.

Hamper drama abstrak 09

Hamper drama abstrak 09

Hamper drama terbaik

Hamper drama terbaik

terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi sms mahupun ucapan semangat tatkala hati dirundung lelah. berdebar juga mementaskan drama abstrak ni. pandang ke kanan nampak juri, pandang kiri nampak para pensyarah, pandang depan penuh rakan-rakan dibarisan depan.

terima kasih juga kepada semua rakan-rakan kerana sudi hadir memberi sokongan. sokongan anda amat Q hargai. ada juga yang terlopong ketika kami membuat persembahan. kenapa? tak percaya kami mampu mempersembahkannya sedemikian rupa? tak mengapa, sememangnya tanggapan akal manusia berbeza-beza…..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

janganla pertikai lagi

yang sudah tu sudah la

tak perlu di analisis segala kesilapan

simpulkan saja kenangan

jangan diturutkan kemenangan

kelak kau akan rawan

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~