~~~~~~~~~~~~~~~~~

belum puas beraya mari kita berdrama pula.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pementasan Drama pendek

Pementasan Drama pendek

atas tuntutan subjek (EDU3303: Drama dalam pengajaran Bahasa Melayu) yang memerlukan kami menghasilkan persembahan drama dalam durasi 10-15 minit dan berkonsepkan abstrak, muzikal, teaterikal, komedi, dan realisme, maka bakal terzahirlah Pementasan Drama Pendek hasil usaha pelajar2 Bac. Pend(PBMP) bertempat di Dewan Sri Pulasan, Kolej Keenam, UPM, pada 3 oktober 2009, jam 8.00 malam. kumpulan Q terpilih untuk menghasilkan drama abstrak. maka tercernalah  ‘Wajah’

WAJAH

WAJAH

sinopsis ringkas: enam entiti emosi(gelisah, benci, dukacita, tenang, sayang, sukacita)di dalam dunia asing bernama ‘HOKA & HOKI’ yang kehilangan arah dan pedoman, akhirnya menemui sinar disebalik akal. dan semuanya berada di  dalam pemikiran seorang manusia bergelar guru.

tanpa menggunakan populariti seperti yang diuar-uarkan, dengan komitmen, persefahaman dan iltizam yang tinggi,  Q yakin drama kami pasti boleh ‘pergi’ dan semestinya anugerah pelakon lelaki & wanita terbaik, dan pementasan terbaik semestinya menjadi buruan kami. dengan penajaan dari Astro buat kami nekad untuk buat yang terbaik. tak perlu bongkak, riak, dan tinggi diri. tunggu saja kami meletup nanti.

oh ya, semoga berjaya buat kumpulan lain juga. nampak kesungguhan dalam penghasilan. tak sabar menunggu persaingan. sabar…sememangnya setiap latihan amat memeritkan. nikmatnya pasti dikecap di hari pementasan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~