~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!
“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
“Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
“Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
“Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
“Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

(Surah Al-Kaafiruun)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Isu Kristianisasi di UPM


isu ini bukan isu baru sebenarnya. dah lame dengar, cuma tiada bukti yang jelas tentang adanya pergerakan-pergerakan sebegini. tapi baru-baru ini gerakan sebegini semacam sudah mendapat nafas baru dan idea yang lebih mantop bila gerakan ini dijalankan secara terang-terangan (ala-ala tabligh gitu). isunya bukan mereka nak memantopkan dalam kalangan diorang sendiri tapi nak cari ahli baru dalam kalangan pelajar beragama selain dari agama mereka. ini boleh mendatangkan marah. lagi baru-baru ni tertangkap 9 orang yang dipercayai ahli gerakan penyebar ini menguatkan spekulasi. ah sudah!!

antara sebab yang Q tengok begitu mudah diorang bergerak:

1. satu-satunya Universiti yang ada gereja adalah UPM.

2. penyebaran risalah yang meluas tanpa sekatan.

3. orang luar keluar masuk tanpa pemeriksaan rapi dll.

tapi sekarang ni, pihak keselamatan dah perketatkan dari segi keluar masuk UPM, mewajibkan pemakaian kad matrik, menggantikan penggunaan stiker kenderaan lama dengan yang baru.

itu semua usaha yang bagus. tapi bagi Q tu semua bersifat luaran je. yang penting bagaimana kita nak menguatkan akidah dan jati agama pelajar tu sendiri. kalau dah kuat secara dalaman, mana mungkin diorang akan terpengaruh. yang lebih teruk dari orang yang athies pun ada. penerangan yang jelas tentang ilmu Islam tu sendiri perlu jelas kepada semua pelajar muslim supaya mereka tahu mana yang buruk dan mana yang baik

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~