~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sebelum ini jika ditimpa musibah dan malapetaka

berbondong-bondong dan berkoyan-koyan

manusia menghafal dan mengamal qunut nazilah

kini H1N1 tiba

semua dok hafal lirik lagu

jangan lupa lirik. hahaha..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

selesema babi

zaman sekarang ni banyak sangat penyakit dan wabak baru muncul

yang baru-baru ni H1N1@Influenza A@ Seleseba B4B1

nak elak bukan senang. manelah kita tahu dia ada bawa kuman tu. alih-alih dah terkene je. sekarang ni di Universiti Q pun setiap pelajar baru yang mendaftar akan diwajibkan melalui proses saringan H1N1.

Tanda-tanda (simpton) selesema babi pada manusia

-demam
-keletihan
-kurang selera makan
-batuk
-hidung berair
-sakit tekak
-loya,muntah-muntah,cirit-birit

babi

Cara elak selesema babi

-menutup hidung dan mulut ketika batuk dengan tisu
-tisu yang tercemar perlu dibuang ke dalam bekas yang dikhaskan
-tangan perlu dibasuh dengan air dan sabun terutamanya selepas batuk dan bersin
jangan berkongsi makanan dn minuman dengan orang yang telah dijangkiti
-jauhi individu yang mengalami batuk-batuk,bersin atau selesema
-penggunaaan topeng membantu mengurangkan risiko jangkitan
-digalakkan supaya tidak menyentuh mata,hidung dan mulut kerana kuman virus merebak melaluinya
-perlu menjaga kesihatan,memastikan mendapat rehat dan tidur yang secukupnya,menguruskan
tekanan,meminum air yang banyak serta memakan makanan yang berkhasiat

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~