~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sekarang ni banyak galeri lukisan tumbuh bak cendawan.

tiba-tiba Q teringat dahulu masa Q kecil berhingus baru nak kenal ape itu galeri lukisan. mase tu Q nak ke kedai runcit bersame adik Q si Ilham dengan hanya berbasikal ape kira membeli tepung dan telur sebarang dua untuk dibuat jemput-jemput. dalam perjalanan nak balik ternampaklah satu kedai yang baru dibuka. nampak macam banyak barang je kedai baru tu. jadi kitorang pun masuklah dengan beraninye..

Kak X: Selamat datang dik, galeri ni baru saja dibuka dan adik antara yang pertama datang!!

Q: ni kedai ape kak?

Kak X: ni galeri lukisan dik. kalau parent adik nak beli gambar yang cantik-cantik untuk letak kat rumah bolehla datang kat sini.

Q: berape kak harga dia?

Kak X: ade yang RM50 sampailah RM1K+ pun ade

Q: wow cantik…kalau macam tu saye nak yang dua ringgit ade??

berdekah diorang ketawe kat Q. ntah apela yang diorang fikir mase tu. akhirnye kitorang dapat satu gambar khat berframe percume. seronok gile. tapi tak lame. sampai kat rumah kitorang kene leter sebab tertinggal tepung dan telur kat galeri tu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~