~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“apapun mereka bilang
tekadku takkan hilang
jalanku masih panjang
garis akhir yang kupandang”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

video klip ini tiada kena mengena dengan isu yang Q nak bawak tapi tetibe rase macam ber’rap’ juga…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

“Bantu Aku Untuk Bantu Diri Kamu”

tiada lain

itu sahaja yang Q mahu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Malam Perwarisan Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Canselor

malam perwarisan MTM KC UPM

permulaan pada yang terakhir

tarikh keramat 5 April

tarikh lepas dan terima semula

tarikh jadi titik mula

buat segala khidmat dan perencana

tiada lebih yang ku pinta

hanya kerjasama dan kepercayaan dari kamu sahaja

itu lebih bermakna

dari caci maki membuta

bukan mahu berbangga

bukan mahu mendabik dada

tika berucap aku berpeluh juga

makan tak lalu cuma sesuap dua

bukan apa

cuma gentar menerima

tanggungjawab sebesar petala

hujan masih belum berhenti

tapi semangatku seperti matahari

bukan mahu ubah

cuma mahu berubah

jika kau tanya apa yang ku mahu

tak lebih cuma mahu pendapatmu

bukan juga kritikan berbisa

cuma membina

bukan mahu bina empayar

bukan juga kuasa dan nama

kepada yang pergi

jangan cuba mahu lari

idea dan ilmu kau masih aku perlukan lagi

kepada yang baru

janganlah pula engkau malu

mantankan ada untuk kau pergi memburu

memburu ilmu

memburu peluru

untuk kau bawa dalam pertemuan terbaru

tammat

hahaha

…..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~