~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

i

Ya Gaza…Ya Palestina…Ya Hamas…!!

Semalam Q dan rakan dijemput ke satu majlis

kenduri puisi pbmp 09

(sorry agak gelap sikit)

Baca Puisi Pena & Malam Kenduri Puisi

di Rumah PENA

anjuran

Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) & Pelajar Bac. Pend. PBMP UPM

kesimpulannya…

Sempoi beb!!

semuanya berkisar tentang isu bahasa dan semasa

kemanusiaan dan wawasan

antara yang hadir

Khalid Salleh, Arbak Othman, Dato’ Dr Kemala,Pak AGI, Zulfazlan,

Aminhad, Napie Mat, Mas Adeki dan ramai lagi yang Q dah lupa

dan persembahan adik-adik junior yang cool

tahniah!!

“Jangan digunting lidah ibundaku

Terlaknatlah barang siapa yang mengguntingnya”

– Khalid Salleh –

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

ii

masih dalam majlis Kenduri Puisi

telah dibuka gerai buku

Q yang ‘gila membeli tanpa membaca’ ini

rambang mata

dan akhirnya

buku sastera

antaranya Syurga ke Sembilan (Dato’ Dr Kemala), Mencari Indah (Lim Swee Tin), Kesusasteraan Bandingan (Ahmad kamal), Kritik Sastra (Suroso, Puji, Pardi), Seuntai Kasih Secebis Harapan (Mas Adeki), Berguru Pada Binatang (Baha Zain).

dan tahu jumlahnya?

RM120/-

Nga……

kopak poket

tapi memang dah takleh ubah

takleh jumpa kedai buku

gila beli

perap dalam almari

bukan bace pun

buat perpustakaan mini katanya

hahaha…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

iii

Anti PPSMI

ingat!!

hari ini hari bersejarah

07/03/09

perhimpunan raksasa di hadapan Istana Negara

ingat!!

apa lagi yang tinggal atas nama Melayu

hanya tinggal bahasanya yang makin diragut dipagut

sedikit demi sedikit

mana?

Tanah Melayu? telah dicabut

Bangsa Melayu? telah dicabut

lihat di kad pengenalan kau, bangsa warganegara

bukan oleh siapa

dari bangsa sendiri juga

sejak dari Putra hingga ke Lah

muhasabahlah

bukan salah siapa

ilmu bukan milik sesuatu bahasa

maka pergunalah sebaiknya

mungkin kekurangan makalah berbahasa Melayu

tentang perkara berkaitan Sains dan Matematik

menjadi sebutan dan angkara

nah!!

maka pihak yang berkenaan sila buka mata.