********************************************

tag from Wanda

sebenarnya tag ni dah lame dah nak buat tapi disebabkan Q jadik orangdihutan sekejap, maka kiranya terlambat la Q pos tag ni. sory ye wanda.

here it goes…

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

7 FAKTA MENGENAI Q

fakta? nak yang menarik ke yang tak? mustila kau nak yang menarik je kan. hahah…

– seorang penagih Kue Tiaw yang tegar.

– berkaca mata (terase semacam Hary Potter la plak. hahaha..)

– sedang usaha nak buat ‘library’ koleksi buku sendirik. (wei ajar aku beli buku secara online wei!!!)

– takleh berenggang lelame dengan saudaraku ini yang bernama Encik Dekstop (dah semacam jadi blog addict dah)

– Dalam usaha nak marathon cerite2 Korea (bahan dah ade, mase je yang takde lagi)

– suke fotografi tapi xde DSLR cume pakai kemere digital je (wa…belikanla aku satu!!!)

– suke berlawak tak kira tempat

7 PERKARA MENAKUTKAN Q

takut? ish mane ade…berani ni. segagah perwira. hahaha…mane la ade orang yang tak pernah takut. ade punye. aku pun tak terlepas.

– Mati…(ni nabi yang suruh kita sentiasa ingat.)

– Keluarga susah ( Q anak first jadi memang rase perlu la kan)

– tak dapat tunaikan janji yang dah dibuat (lagi2 kalau orang tu dah berharap. nanti jadik org munafik)

– Realiti (boleh gitu? Q ni suke buat perancangan luar jangka tapi tak suke kesudahan cerite. hahaha)

– naik roller coster ( ui…kennot gi…kennot gi. kecut perut tengok)

– tengok accident ngeri

-accidently fall in love (hahaha…menakutkan ke?)

7 LAGU KEGEMARAN Q BUAT MASA KINI

Q memang jarang dengar lelagu ni. lagi kalau tengah sibuk memang haram nak dengar. tapi Q cube senaraikan yang terbaru yang Q rase best gegile buat mase ni.

– Maafkan :Dygta (aku layan sejak dari taun 2006)

– lagu-lagu tekno (sekarang ni semacam dah jadi satu rasukan untuk mendengar lagu-lagu sebegini)

– Lucky i’m in luv with my besfren : Mraz (‘if’)

– Sahabat Kecil: Ipang (Indonesia)

Munajat Cinta by The Rock (lagu khas buat aku yang keseorangan)

– Laskar Pelangi by Nidji

– Lagu-lagu Japanese. (Walaupun tak paham tapi irama lagu diorang buat semangat aku naik. tips: mase nak pekse, kalau nak study sambil dengar lagu bukakla lagu cine ke, india ke, jepun ke, yang korang tak paham. Kalau paham tak fokus pulak)


7 PERKATAAN YANG SELALU DISEBUT OLEH Q

Haa…ni plak yang Q selalu sebut mase berbual. tapi ingat!! bukan dengan semua orang tau tapi orang yang rapat je yang akan perasan.

– “jadah btul” @ “jadahnyekauni” (kalau kengkawan mengarut atau mencarut tak tentu hala.)

– “Ya Allah…….” (kalau kengkawan aku buat hal yang tak rasional dek akal atau ade sesuatu yang tak kena.)

– “lululu..”(gaya orang red Indian sambil tangan kat mulut. ni plak kalau aku pulak yang mengarut, dan tak rasional dek akal)

– “wai” (kalau nak panggil orang. )

– “yo bro” (hanya orang tertentu je yang bleh dapat pangkat ni. Hehehe…)

-“Koya belana mu ni!!!”  (baru belajar dari bebudak kelantan. hahaha)

– “salam” (ni kalau dalam sms Q suke gune ni dari yg lain utk mula bicara)

7 PERKARA YANG BERNILAI BAGI Q

bagi Q nilai tu subjektif.

– My phone; Miss Norkiah 6680

– My Desktop

– rakan

– keluarga

– semua anak buah Q. tanpa diorang Q takleh buat kerja dengan jayanya. trimas U all.

– ilmu (dari buaian hingga ke liang lahad digunakan)

7 PERTAMA KALI DALAM HIDUP Q

my first time? uish, banyak tu…sejak dari awal lahir sampai sekarang setiap detik juga saat Q melalui pengalaman baru. tak sama seperti semalam atau kelmarin. jadi semuanya lebih dari tujuh. mau tujuh dekad tak abis cerita. huhuhu…


7 ORANG BERTUAH MENJAWAB SOALAN-SOALAN2 DI ATAS

sape nak jawab angkat tangan. Q dah blur nak tag sape dah ni. huhuhu…

Adios

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::;

hahaha…idaman Malaya la sangat

************************************************