**************************************

Aku hanya mampu menggelengkan kepala dan mengerutkan dahi apabila keluar di dada akhbar seorang guru di’kroyok’ oleh anak muridnya. teringat dulu masa aku bersekolah, cikgu adalah seorang manusia yang amatlah aku hormati. tak tergamak aku nak melawan apatah lagi memukul. cikgu dulu memang garang. kalau ade buat salah tak panas pipi mungkin pijau dikaki. kapur ditangan kanan rotan ditangan kiri.

-sekadar gambar hiasan-

kini trend dah berubah. guru bagi mereka hanya mesin yang dibayar oleh kerajaan untuk menjadikan mereka sama ada mendapat keputusan tahap gaban atau cipan. budak-budak sekolah sekarang ini sudah hilang rasa hormat pada guru. mane taknye kalau dah tahap belasah mau tak dah tahap memang budak tu ‘bengkek’ je dengan cikgu tu dari dulu.

-sekadar gambar hiasan-

jika dilihat dari dua perspektif, mungkin si murid sudah tidak tahan dengan cara pengajaran yang diterima dari sang guru yang mungkin membosankan dan dengan cara yang begitu autokratik. dan keadaan ini sudah berlarutan begitu lama hingga titik hitam yang sebesar zarah membuku menjadi kebencian yang amat. bagi aku pun cara pembelajaran sebegitu juga amat memenatkan otak dan mengelojakkan emosi. namun begitu dari sudut para pendidik, itu mungkin adalah cara yang paling terbaik baginya untuk mengajar.  mungkin dengan cara itu sahajalah pelajar-pelajarnya akan mendapat keputusan yang terbaik dunia akhirat. murid-murid sekolah kini juga sudah tiada jati diri. mana taknya, di sekolah sudah tiada modul insani. PAFA yang diperkenalkan dulu kini dah macam kayu. apetaknye bila cikgu agama sendiri dah layu, tak abis uji dah buat tak tahu, murid mula hilang rasa malu, mula bertindak melulu, agama dan sivik diketepikan dahulu, akhirnya..lahirlah generasi baru yang dungu, bukan orang lain semuanya Melayu.

dari sudut realiti, sebagai bakal guru aku anggap ini sebagai satu cabaran yang aku rasa aku perlu sisih dari sepanjang hayat aku sebagai seorang yang bergelar guru nanti. memang perit tapi semahunya perlu ditelan dan aku mula tanam dari sekarang untuk aku memulakan sesuatu yang baru. amanah yang besar buat aku. kisah ini akan aku jadikan tauladan. InsyaAllah…

****************************************