*******************************

1

RAYA

Salam kembali.

lega rasanya dapat kembali berblog selepas hampir 2 minggu tidak jenguk ke sini. hmm…kalau nak dibuat kesimpulan raya kali ini mungkin agak memilukan bagi aku. seperti raya-raya yang sudah kami sekeluarga tetap mengambil keputusan untuk membuat kuih tunjuk untuk raya kali ini. macam tahun-tahun yang lepas memang sudah menjadi tradisi bila raya pertama kami sekeluarga akan terbaring kepenatan. mana tidaknya bila sehari sebelum raya orang datang berduyun-duyun ke kedai milik ayah Q membeli persiapan Hari Raya Aidil Fitri (HRAF). tak menang tangan dibuatnya. antara barangan utama yang dicari adalah kelapa. maka kiranya pekerjaan utama aku adalah memarut kelapa. bengkak-bengkak juga tangan dibuatnya. mana taknya kelapa yang sebanyak 500 bijik itu boleh habis dalam satu hari. gila banyak orang Malaysia makan santan, &^$#%@ dibuatnya.

ni la kelapa yang dah jadik arwah diparut Q

*********************************

2

OPS SIKAP

ops sikap – masih tetap rancak berlangsung dengan kemeriahan pesta mengira jumlah kematian akibat kemalangan. mungkin kita perlu perkenalkan satu hari seperti “Hari Maut Se-Malaysia” untuk memperingati dan memberi kesedaran kepada kita betapa ‘bobrok’nya rakyat Malaysia dalam seputar bergelar pemandu dijalanraya. antara yang tertinggi kadar kemalangan di dunia pulak tu. aku ketengahkan isu ini bukan apa. ops sikap yang kejadah tak sudah ni pun telah beri tempias kepada keluarga aku. adik aku yang keempat telah mengalami kecederaan yang separa serius akibat gagal mengawal motorsikal. cuba bayangkan dia patah bahu kiri, tiga gigi hadapan, cedera dikaki, tangan dan kaki. aduh, sakitnya!! dan semua itu berlaku semasa hari raya ke-2. memang macam @$%@^%. dan buat kali pertamanya aku beraya dalam hospital sepanjang raya ke-2 dan ke-3 itu untuk menemaninya.

ops sikap yang kedua – simptom terkejut lepas puasa. kalau raya memang kita tak boleh nak tolaklah dengan bermacam-macam juadah, dengan rendangnye, lemangnye, ketupatnye. tapi bagi yang ade pengakit tu…bepade-padelah makannye. makan memang best. tu yang kita dengar selalu orang banyak pengsan di HRAF sebab banyak makan daging. ayah Q pun tak terlepas. masuk raya ke-3 kene gout la pulak. haru-biru la jugak rumah mase tu. dah la kes adik tak reda lagi.

ops sikap tiga – aku juga tak terlepas. aku di syaki menghidapi ‘CikugunyaApeKejadahNtah’ la pulak. semenjak sebelum raya lagi. sebelum aku dah ramai dah yang kene kat Kolej Canselor ni kira dah macam wabak. yang jadik isu ops sikapnya kalau dah tau dah hampir dekat sepuluh orang yang dah kene ‘BendeAlahCikugunyaApeKejadahNtah’ ni, kenapa la pihak U tak ambil tindakan yang patut. sembur asap nyamuk ke.

~jadi HRAF kali ini tak best~

***********************************

3

CACING

walaupun telah dileteri oleh mak Q, namun Ayah Q tetap tekad nak buat satu projek baru, CACING!!!!!

jadi tanggal HRAF yang ke-7 Q dan ayah Q ke Banting untuk bertemu dengan pembekal. dah takleh nak halang dah. biolah dia dengan projeknya. jadi dalam proses ayah Q nak memulakan projeknya itu, Q pun nak mula belajar sikit-sikit pasal bisnes ’emas hitam’ ni untuk bantu ayah Q kelak (kalau dah memerlukanlah). tengok-tengok macam boleh jalan je bisnes ni. kita tunggu dan lihat dari jauh jelah ape perkembangannya.