Salam sejahtera

++++++++++++++++++++++++++++++

“””””””””””””””””””””””””””””No More Moon Cake”””””””””””””””””””””””””””

hari ini aku tak boleh tulis dan berfikir lebih-lebih kerana otak dan perut aku kini penuh disumbat dengan kuih bulan bahana ditarik ke pertandingan ‘makan kuih bulan paling cepat’. akhirnya hanya dapat tempat ke-2 sebab saat-saat terakhir semua yang dah aku telan dah nak keluar balik. bayangkanlah 3 bijik sekali jalan. hahaha… dan dalam masa terdekat janganlah ada dalam kalangan kamu semua menunjukkan atau menawarkan aku kuih bulan lagi, pasti akan terkeluar apa yang ada dalam perut kala ini.

jadi secara rasminya diistiharkan

pertama kali makan malam aka sahur

dengan makan kuih bulan

tapi aku nak ucapkan tahniah, tahniah dan tahniah kepada krew Pesta Tanglung 08/09 Kolej Canselor sebab berjaya mengadakan program dengan lancar. akan aku masukkan dalam KC Zone jika ada kesempatan.

satu lagi usaha merapatkan jurang perkauman

yang kini hebat dicanang putera puteri duniawi

++++++++++++++++++++++++++++++