memandangkan bulan ini merupakan bulan yang mulia, baik kiranya kalau aku mula lakukan sedikit amal kebajikan. semalam ketika aku menziarah blog Tongkangbocor, aku tertarik untuk menolongnya untuk menguar-uarkan berita ini. moga programnya berjalan dengan lancar.

Satu program Jalinan Mesra bersama Anak Yatim dan Fakir Miskin Rumah Kebajikan Nurul Qanaah, 34-A Jalan 10, Taman Batu, 68100, Batu Caves, Selangor akan dianjurkan oleh Biro Perpaduan dan Keharmonian, Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej Canselor, Universiti Putra Malaysia pada 14 September 2008/14 Ramadhan 1429 Hijriah.

Kami amat mengalu-alukan sebarang sumbangan terutama dalam bentuk kewangan.  Semoga sedikit rezeki yang kita infaqkan di dalam bulan yang mulia ini dibalas berkali ganda oleh Allah S.W.T.

Sebarang sumbangan ikhlas bolehlah disalurkan kepada akaun CIMB sebelum 12 September 2008 :

MUHAMMAD ZUHAIRI ZOLKIPLEE

A/C – 0112-0062524-52-3

bro mintak komisen sikit dah promote ni. hahaha…