Akhirnya kita berjumpa…Mastura

22 Komen

===========================================

akhirnya kita berjumpa

peace brother…

========================================

Melayu Pengganas?

7 Komen

………………………………………………………………………………………………………….

Sebenarnya video ni dah lame dah jadik isu,

tapi semenjak dua menjak ni asyik cerita bangsa Melayu kita ni asyik nak bergolak

jadik aku letaklah video ni.

buat peringatan bersama

fikir-fikirkanlah

…………………………………………………………………………………………………..

Q = a-z

18 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Baru je hari tu aku telah mencipta satu tag yang bertajuk ‘saya A-Z’, tak sampai sehari aku telah di tag kembali tag yang aku cipta itu. kepada cik Ixora terima kasih kerana berani men’tag’ tuan punya tag. hahaha…

Q = A-Z

A – Assalamualaikum pembuka bicara…

B – Buzzybug minat mamat Filipina. Ha…ha…ha…

C – Cikf paksa saya buat tag ni dulu sebelum dia tapi akhirnya dia buat dulu. Hahaha…

D – Dah nak buat macam mana dia siap dulu. Hahaha…

E – Entah kenapa sejak dua menjak ni hidup kurang terurus dan serabai menyapa jiwa

F – Fikir banyak tentang kerja, amanah dan belajar kot…

G – Gaya, Mutu, Keunggulan…

H – Hidup perlu diteruskan walaupun banyak halangan yang melanda.

I – Indahnya hidup ini kalau semuanya mengikut ape yang kita rancang.

J – Juliana baru add saya dalam fs

K – Kuey Tiaw Goreng adalah makanan kesukaan aku.

L – Lalu Lolita cossete atau nama sebenarnya ‘Lydia si pembunuh lipas’ pun tak kisah kalau dah ada Kuey Tiaw Goreng.

M – Mengadap komputer adalah rutin harian yang tidak boleh dipisahkan. Same penting dengan makan.

N – Nak pergi bercuti kat pulau yang cantik, nak lepaskan tekanan. Sape nak ikut…

O – Orang yang telah tag balik tuan punya tag adalah ixora

P – Paling tak suke perempuan yang mulut celaka sebab ape yang keluar kat mulut melambangkan peribadi. Betul tak?

Q – Q adalah awalan nama bagi manusia yang hebat di atas muka bumi ini. Ha…ha…ha…

R – Redapples juga bercadang untuk tukar nama kepada Q untuk jadi hebat. Hehehe…

S – Simpanan aku makin kering. Help, give me some job!!

T – Tongkang Bocor adalah rakan sebilik dengan Redapples.

U – Ucapan beribu terima kasih kepada yang sokong blog Q, Q dan Q selama ini. Harap kita dapat terus berkongsi pendapat. Nice to know U all. Yang jadik ghost reader tu joinla sekali berdiskusi, rapatkan ukhwah.

V – Villain is out there, that’s why im called to be superhero. Ngaaa……

W – Why??? Don’t believe aa…

X – Xora tidak akan dikenali jika tiada abjad i di hadapannya. Hahaha…

Y – Yang ini merupakan abjad yang kedua akhir jadik nak letak Yap Ah Loy jelah. Hahaha…

Z – Zamat zuga zag zi, zusah zila zak zembuatnya. Zapi zakpe, zkukan zebat. Zazaza…

disebabkan tag ni sebenarnya milik Q jadi taknak tag orang. nanti kene tag balik. hehehe…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

12 aku yang 5??

21 Komen

aku di tag (lagi) oleh cikf yaaaaaaaaaaang baaaaaaaaaaiiiiiiiik haaaatiiii. xpe2. nak kene beliau ni. hahaha…

tapi disebabkan Q ni seorang yang amat menitikberatkan janji maka kiranya terpaksa juga aku menunaikannya. mempersembahkan  12 aku yang 5.

 

1) Senaraikan 5 hadiah/benda yang anda inginkan.

1) Apa-apa hadiah yang disampaikan sendiri dari tangan sendiri empunya diri sendiri dengan ikhlas hati sendiri.

2) henpon baru atau PDA

3) Kereta

4) Rumah

5) laptop

 

2) Alasan terhadap perkara tersebut :

1) Korang semua musti tau nikmatnye bile dapat hadiah secara langsung lagi-lagi time besday. Shukenye.

2) Help me, enpon aku dah mule bengong. Bagi idea nak tukar enpon ape?

3) kaki dah penat pergi balik fakulti.(hehehe alasan je tu)

4) Aku nak hadiahkan pulak kat mak dan ayah aku. (How touch~)

5) Skrang ni aku tengah pakai desktop, kalau ade bende alah ni senang sikit aku nak buat pegi praktikal mengajar nanti.

 

-Tapi aku tau semua hadiah ni takkan dating bergolek, korang semua lokek. Hahahaha…

 

3) 5 impresi terhadap orang yang diminati :

1) Senyuman yang menyejukkan (hmm…)

2) Jujur tak kira bencana

3) semua yang mahmudah

4) semua yang bukan mazmumah

5) semua yang korang suka aku suka. Hahaha

 

4) 5 ciptaan paling disukai

 

1) Alam (wah, rindunye nak masuk hutan)

2) Ubat-ubatan.(lagi-lagi mase sakit, korang semua mesti bersyukur kalau ada bende ni)

3) Binatang. (lagi-lagi yang berbulu dan comel. hahaha)

4) keluarga dan rakan

5) Wanita. (korang jangan pikir macam-macam)

 

5) 5 perkara yang dibenci :

1) Komputer rosak. Lagi-lagi waktu peak nak kene siapkan tugasan. Benci!!benci,!!benci…!!!

2) Perempuan yang suka mencarut dan mulut celupar (please jauh dari aku 2 marhalah)

3) Kaki ampu,

4) Sakit (semua sekali termasuk sakit hati)

5) Orang yang tak buat kerja.(mengular)

 

6) Kali pertama duduk berjauhan dari keluarga :

Mase kecik-kecik selalu dipos ke kampong masa cuti sekolah (cucu kesayangan).

Tingkatan lima dipos ke Kulai, Johor untuk belajar kat sekolah yang kaunselornya makcik aku sendiri. Tak tahan beb telinga hari-hari kene motibasi. Hahaha…

7) Tempat yang ingin kamu lawati :

1) Mekah. Aku nak pegi aji satu keluarga. Insyallah~

2) Semua pulau yang ada di atas muka bumi.

3) Kilang duit. Aku kurang duit. Hua….

4)  negara-negara 4 musim.

5)  semua tempat yang dilabelkan sebagai tempat yang ajaib di dunia.

 

 

8) 5 perkataan yang selalu kamu sebut :

1) “jadah btul” @ “jadahnyekauni” – kalau kengkawan mengarut atau mencarut tak tentu hala.

2) “Istighfar” – kalau kengkawan aku buat hal yang tak rasional dek akal.

3) “lululu..”(gaya orang red Indian) – kalau aku pulak yang mengarut, dan tak rasional dek akal.

4) “wei” – kalau nak panggil

5) “yo bro” – hanya orang tertentu je yang bleh dapat pangkat ni. Hehehe…

9 )Kalau ada duit yang banyak…

1) membeli kilang buat duit. Hahaha…aku kurang duit, takkan nak buat macam mahsyar plak. Hahaha…

2) membuat pelaburan yg menguntungkan utk mase depan yg lebih baik

3) bawak satu keturunan pergi umrah, sekali dengan haji. Hah, nak ngaku sedare latu…

4) beli bom dengan kadar yang sangat banyak. Nak letupkan mulut orang yang jadikkan dunia huru-hara sekarang ni. Bosan aku~

5) kalo ade duit yg saaangat byk, aku beli semua duit di dunia ini dan gunapakai balik matawang siput gerus. Hahaha. Kembali ke alami. Nga…

10) Jika kamu tidak belajar / bekerja dalam bidang sekarang, mungkin kamu….

1) Tengah tido, atau

2) Tengah carik keja, atau

3) Tengah jalan-jalan cari makan, atau

4) Seorang bisnesman yang Berjaya, atau

5) Seorang guru bahasa yang soleh dan tawwaduk, yang mengajar anak muridnya mengenali dunia dengan hanya mengajar tulis-baca. Insyallah~

11) Lagu yang kamu selalu dengar tanpa rasa muak :

1) Selawat ke atas junjungan.

2) Mantera Membara by Malique dan M. Nasir. Lirik beliau menusuk jiwa beb. Aku buat ringtone enpon aku.

3) Munajat Cinta by The Rock, lagu khas buat aku yang keseorangan~

4) Lagu-lagu Japanese. Walaupun tak paham tapi irama lagu diorang buat semangat aku naik. (tips: mase nak pekse, kalau nak study sambil dengar lagu bukakla lagu cine ke, india ke, jepun ke, yang korang tak paham. Kalau paham tak fokus pulak)

12) Rakan-rakan bloggers yang ingin kamu tag :

– macam semua orang dah buat je, jadik aku dengan baik hatinye tak menge’tag’ orang lain. Noktah.

– tapi nak tag

cikf,

ixora,

buzzy,

mahsyar,

redapples dan

mirhans safni.

. tajuknya

Saya ‘A-Z’

cth:

A – anak pertama dari tujuh orang adik beradik

B – baru keluar penjara

C – c……..

semoga berjaya…

 

 

Moon Of Merdeka

Tinggalkan komen

Serba tak kena

4 Komen

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

hari ini aku serba tak kena

jadi aku potong rambut.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

A For Aborigin

23 Komen

“””””””””””””””””””””””””””””””””””::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::”””””””””””””””””””””””””””””””””

Tiga hari ini,

aku ke tanah asli,

untuk ku mencari,

mengkaji,

menyelami,

bahasa manusia asli,

untuk didokumentasi,

menjadi tatapan bakal generasi,

yang mungkin tidak akan mengerti lagi,

doakan aku selamat pergi dan kembali nanti.

“””””””””””””””””””””””””””””””””‘:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::”””””””””””””””””””””””””””””

Older Entries Newer Entries