aku di tag (lagi) oleh cikf yaaaaaaaaaaang baaaaaaaaaaiiiiiiiik haaaatiiii. xpe2. nak kene beliau ni. hahaha…

tapi disebabkan Q ni seorang yang amat menitikberatkan janji maka kiranya terpaksa juga aku menunaikannya. mempersembahkan  12 aku yang 5.

 

1) Senaraikan 5 hadiah/benda yang anda inginkan.

1) Apa-apa hadiah yang disampaikan sendiri dari tangan sendiri empunya diri sendiri dengan ikhlas hati sendiri.

2) henpon baru atau PDA

3) Kereta

4) Rumah

5) laptop

 

2) Alasan terhadap perkara tersebut :

1) Korang semua musti tau nikmatnye bile dapat hadiah secara langsung lagi-lagi time besday. Shukenye.

2) Help me, enpon aku dah mule bengong. Bagi idea nak tukar enpon ape?

3) kaki dah penat pergi balik fakulti.(hehehe alasan je tu)

4) Aku nak hadiahkan pulak kat mak dan ayah aku. (How touch~)

5) Skrang ni aku tengah pakai desktop, kalau ade bende alah ni senang sikit aku nak buat pegi praktikal mengajar nanti.

 

-Tapi aku tau semua hadiah ni takkan dating bergolek, korang semua lokek. Hahahaha…

 

3) 5 impresi terhadap orang yang diminati :

1) Senyuman yang menyejukkan (hmm…)

2) Jujur tak kira bencana

3) semua yang mahmudah

4) semua yang bukan mazmumah

5) semua yang korang suka aku suka. Hahaha

 

4) 5 ciptaan paling disukai

 

1) Alam (wah, rindunye nak masuk hutan)

2) Ubat-ubatan.(lagi-lagi mase sakit, korang semua mesti bersyukur kalau ada bende ni)

3) Binatang. (lagi-lagi yang berbulu dan comel. hahaha)

4) keluarga dan rakan

5) Wanita. (korang jangan pikir macam-macam)

 

5) 5 perkara yang dibenci :

1) Komputer rosak. Lagi-lagi waktu peak nak kene siapkan tugasan. Benci!!benci,!!benci…!!!

2) Perempuan yang suka mencarut dan mulut celupar (please jauh dari aku 2 marhalah)

3) Kaki ampu,

4) Sakit (semua sekali termasuk sakit hati)

5) Orang yang tak buat kerja.(mengular)

 

6) Kali pertama duduk berjauhan dari keluarga :

Mase kecik-kecik selalu dipos ke kampong masa cuti sekolah (cucu kesayangan).

Tingkatan lima dipos ke Kulai, Johor untuk belajar kat sekolah yang kaunselornya makcik aku sendiri. Tak tahan beb telinga hari-hari kene motibasi. Hahaha…

7) Tempat yang ingin kamu lawati :

1) Mekah. Aku nak pegi aji satu keluarga. Insyallah~

2) Semua pulau yang ada di atas muka bumi.

3) Kilang duit. Aku kurang duit. Hua….

4)  negara-negara 4 musim.

5)  semua tempat yang dilabelkan sebagai tempat yang ajaib di dunia.

 

 

8) 5 perkataan yang selalu kamu sebut :

1) “jadah btul” @ “jadahnyekauni” – kalau kengkawan mengarut atau mencarut tak tentu hala.

2) “Istighfar” – kalau kengkawan aku buat hal yang tak rasional dek akal.

3) “lululu..”(gaya orang red Indian) – kalau aku pulak yang mengarut, dan tak rasional dek akal.

4) “wei” – kalau nak panggil

5) “yo bro” – hanya orang tertentu je yang bleh dapat pangkat ni. Hehehe…

9 )Kalau ada duit yang banyak…

1) membeli kilang buat duit. Hahaha…aku kurang duit, takkan nak buat macam mahsyar plak. Hahaha…

2) membuat pelaburan yg menguntungkan utk mase depan yg lebih baik

3) bawak satu keturunan pergi umrah, sekali dengan haji. Hah, nak ngaku sedare latu…

4) beli bom dengan kadar yang sangat banyak. Nak letupkan mulut orang yang jadikkan dunia huru-hara sekarang ni. Bosan aku~

5) kalo ade duit yg saaangat byk, aku beli semua duit di dunia ini dan gunapakai balik matawang siput gerus. Hahaha. Kembali ke alami. Nga…

10) Jika kamu tidak belajar / bekerja dalam bidang sekarang, mungkin kamu….

1) Tengah tido, atau

2) Tengah carik keja, atau

3) Tengah jalan-jalan cari makan, atau

4) Seorang bisnesman yang Berjaya, atau

5) Seorang guru bahasa yang soleh dan tawwaduk, yang mengajar anak muridnya mengenali dunia dengan hanya mengajar tulis-baca. Insyallah~

11) Lagu yang kamu selalu dengar tanpa rasa muak :

1) Selawat ke atas junjungan.

2) Mantera Membara by Malique dan M. Nasir. Lirik beliau menusuk jiwa beb. Aku buat ringtone enpon aku.

3) Munajat Cinta by The Rock, lagu khas buat aku yang keseorangan~

4) Lagu-lagu Japanese. Walaupun tak paham tapi irama lagu diorang buat semangat aku naik. (tips: mase nak pekse, kalau nak study sambil dengar lagu bukakla lagu cine ke, india ke, jepun ke, yang korang tak paham. Kalau paham tak fokus pulak)

12) Rakan-rakan bloggers yang ingin kamu tag :

– macam semua orang dah buat je, jadik aku dengan baik hatinye tak menge’tag’ orang lain. Noktah.

– tapi nak tag

cikf,

ixora,

buzzy,

mahsyar,

redapples dan

mirhans safni.

. tajuknya

Saya ‘A-Z’

cth:

A – anak pertama dari tujuh orang adik beradik

B – baru keluar penjara

C – c……..

semoga berjaya…