……………………………………………………………………………………………………………………………………………..

AAAAAAAAAAARGH…TIDAK…… Itu sajalah ayat yang aku mampu lolongkan lepas di’tag’ oleh cikF yang baik hati. Jasa mu totap den konang eh. Patutlah rase berat je mase nak masuk site cikf, ada assignment rupenya dari beliau. Terima kasih Powerut (ala-ala pakcik “saya menang moto” dalam iklan tu). Hahaha… ape-ape hal pun untuk tidak menghampakan hasrat beliau yang sedia untuk menempah sebungkus ubat periuk jika aku berjaya menyiapkan assignment ini, maka apa kiranya buat juga aku hendaknya.

7 Benda Ajaib Tentang Aku…

1. Yang keliru itu aku…Seperti cikf, aku juga seperti masih lagi mencari-cari personaliti yang ideal bagi diri aku. Ke’blur’an membelenggui diri. Maka tidak mustahillah dalam ujian IPW(Inventori Personaliti Warna) baru-baru ni yang rakan-rakan kaunseling minta aku jalani mendapat markah ajaib iaitu 45(emas), 45(hijau, 15(biru), 15(merah). Tentu korang tak paham. Hahaha… Cubelah mintak buat ujian ni dengan bebudak psikologi. Jadi aku adalah seorang pendiam yang periang???

2. Cikgu bahasa itu aku…buat kali pertamanya aku membocorkan rahsia yang aku ni bakal guru bahasa Melayu di UPM. Hahaha…guru bahasa yang tak mengamalkan penggunaan penggunaan ayat yang betul. Main hentam kromo je. Tapi kalau isu yang melibatkan bahasa bangsa aku ni memang akan perjuangkan. Gelaran bagi kami; ‘Kamus Bergerak’, ‘Semut Merah’, ‘Team Adidas’, ‘Budak BM’. Cikgu Q suka main bola, hari2 dia tido, jom kita main bola. hahaha…

3. Yang gila-gila itu aku…ya itu aku. Sape tak kenal aku. Aku seorang yang pelawak yang skema? Siapa yang rapat dengan aku akan tahu aku siapa. Bagi aku mengembirakan insan lain adalah tugas sejagat aku(walaupun kadangkala terpaksa telan yang perit). Dan misi aku adalah ingin berkawan dengan seeemuaaaa orang. Tapi aku ni pendiam orangnye. Disebabkan itu ramai kengkawan aku yang selesa menjadikan aku sebagai bank untuk mereka menyimpan atau meluahkan rahsia mereka.

4. Yang serabai itu aku…yang ni aku tak dapat nak nafikan. Semenjak mendapat bebanan tugas tambahan, aku seperti tidak terurus, dan sentiasa berserabut kepala hotak. Mungkin kerana terpaksa menguruskan banyak hal dalam satu masa. tapi setakat ini aku mampu menanganinya. tak caye? ni skrg aku masih boleh buat entry baru maknanya emo-c aku tengah seimbang lagi. Hmm…doakan aku supaya mampu menghadapi semua itu.

5. Chinese itu akukah?…yup, mungkin kalau korang baru kali pertama berjumpa dengan aku korang akan ingat aku cina. Kalau dulu aku agak ralat kalau ada orang yang panggil aku macam tu, tapi skrg aku dah tak kisah. Setiap kali aku pegi supemaket, promoter akan cakap bahasa cina dengan aku. Bila dia dah abis cakap dengan penat lelah baru aku akan cakap. “sorry im Malay and i cant understand what u say” lepas tu aku blah. Hahaha..jahatnye aku. ada jugak yang kata aku ni japanese. ape-ape hal aku ni Bugis+Jawa=Buwa@Jagis. hahaha. – bestnye kalau aku pandai berbahasa mandarin atau jepun lepas tu aku nak jadik pensyarah ajar bahasa Melayu kat negara China dgn Jepun.

6. Yang chubby itu aku…Tak macam orang len aku tak berpantang dalam bab makanan sebab bagi aku rezeki jangan ditolak. Lagipun dari kecik lagi aku dah terdidik supaya makan apa yang ade. Mungkin disebabkan itu aku ni ‘sihat’ n chubby sentiasa. Hohoho…

7. Yang bujang itu aku…paham sendiri la bro. Hahaha…

……………………………………………………………………………………………………………………………