i
toot….tott….toot….
Maklumat
dari SHELL
Mlys. Anda
tlh berjaya
memenangi
Caj tunai RM
17.000, Sila
dail No’telipon
Office:0062
8161*******
Penghantar:
Shell Malaysia.
hari ini aku baru terima satu mesej dari anonymous yang menyatakan aku baru sahaja memenangi caj tunai sebanyak rm 17k. berpinar jugak mata bila mula bukak mesej ni. tapi aku tak pasti sama ada ini adalah permainan mereka yang ingin mengambil jalan mudah untuk menjadi kaya. ntah2 bila aku telefon sah2 diorang mintak aku bayar macam2. tak ke naya karang!
lagipun sekarang ni memang tengah populer dengan mesej-mesej ‘jadah haram’ ni. dulu kecoh pasal mesej AF. ingat lagi beberape tahun lepas, my beloved mum ade terime surat yang menyatakan yang mak aku memenangi loteri dalam $30k gitu. siap bagi surat rasmi dari kerajaan Venezuela lagi tu. grand gile. tapi kitorang tak layan. lagi kitorang tak layan lagi banyak pulak yang datang. dari sejauh-jauh alam sampailah yang paling dekat. yang bestnye ade satu syarikat kat sekitar tempat tinggal aku, dia bagitau sempena ulang tahun pembukaan kedai dia, dia nak bagi hadiah kat mak aku, tapi bila pergi sana dia suruh beli barang lain dulu sebelum dapat hadiah tu. cis, bukan ke tu tipu. oh shit. tapi sekarang kami sekeluarga dah tak kisah bende2 tu semua. my beloved mum memang murah rezeki. hari2 berdoa supaya murahkan rezeki kami sekeluarga. dan dengan tak malunya aku akui dia memang seorang menteri kewangan yang cekap, berstrategi dan amanah. tetibe crite pasal mak aku plak. hehehe…(sebenarnya dah lama tak balik rumah, ter’home sick’ pulak sekejap.)
ii
tapi sejak dua menjak ni telefon aku ni memang rajin disinggah oleh spam2 yang macam ‘haram’. mana taknya bila setiap kali masuk mesej antara yang keluar;
mesej 1:
RM0.00 klip video PANAS! aksi gadis hangat&hot terus ke HP anda. ON KLIP ke 3****
mesej 2:
RM0.00. Nak tengok gambar dan video saya yang panas dan hebat?cepatlah tulis ON XX dan hantar ke 2****.
tak ke haru kalau mesej-mesej macam ni terlepas ke HP budak-budak yang masih beringus lagi. tak ke akan menambahkan lagi masalah sosial yang dah sedia tepu ni? ape pulak peranan Kementerian Penerangan mengenai isu ini. kalau boleh aku nak ada pihak yang berkuasa ataupun yang mampu bersuara mengenai hal ini.
bagi korang pulak apa tindakan yang akan korang lakukan?
Jul 31, 2008 @ 22:14:17
pandai orang sekarang nak menipu..macam2 cara nak menipu..kepada yang dapat mesej2 or surat2 yang mengatakan anda telah memenangi wang, cuba la fikir mcm mane mereka yang menghantar benda2 dapat alamat anda. fikir secara rasional mane la ada benda yang anda dapat percuma atau benda datang bergolek2 je.. 😀
Jul 31, 2008 @ 23:00:08
avatarang – tula terfikir jugak yang diorang main random je hantar mesej ni. kalau yang versi email lagilah aku bolayan. heehehe..
Ogo 01, 2008 @ 08:06:21
ya ampun… haha… cakap indon jap. giler la banyak msg spam. last 2 days saya dapat gakmsg shell tu. dah sah2 la penipu. cheh.
saya ingatkan bila dah tukar postpaid ni x de laa sgt msg spam. tapi, banyak gak rupanya… ^^;
Ogo 01, 2008 @ 11:09:58
buzzy jom kita nyanyi sama2.
kita serupa….
kita serupa…
hehehe
Ogo 01, 2008 @ 12:17:13
msg shell tu penah dapat gak aritu. cuma msg2 ‘ON PANAS’ sejuk bagai tu tak pulak saya dapat. nasib baik.. haha. atau.. dia mmg tau yg saya ni pompuan kot. sbb tu saya tak dpt msg ngarut cmtu. huhu
Ogo 01, 2008 @ 12:28:41
laa…orang yang mesej ni tau jantina dari no phone ke. hahaha…
tapi ape nak buat malangla bagi penghantar mesej-mesej begitu kerana tersalah hantar kepada orang yang kuat imannya. hahaha….
Ogo 01, 2008 @ 20:06:09
xde jalan mudah untuk menjadi kaya slain b’usaha..
er…sy geram btul ngan msg2 spam yg slalu masuk kt hp..eeeiii….geram tau~
Ogo 01, 2008 @ 20:19:57
cikf – Yup, eh…eh..sabo..sabo..tak pasal-pasal bergegar pulak tempat ni. hehehe.
Ogo 03, 2008 @ 15:51:37
Sama laa…Semalam aku dapat sms yang aku menang RM 30 ribu. Hampeh tul!
Ogo 03, 2008 @ 15:57:37
hani – Yaa…Hani’s Come Back!! nak kene buat parti home coming nih. hehehe…