setelah aku bermuhasabah diri hari ini, aku dapati bulan ini aku lebih cenderung dalam mengeluarkan kata-kata yang sinis lagi berbaur asam pedas cili padi. mungkin selama ini aku tak perasan tapi aku sedar ramai juga yang terasa dengan kata-kata aku sejak dua menjak ni. mungkin bagi aku kata-kata tu satu gurauan sebab karekter aku memang seorang yang kelakar. tapi entah kenape mulut aku ni makin lame makin suke meleser orang.

tapi aku tak dapat nafikan kelezeran mulut sebenarnya berkadar langsung dengan tahap emosi kita( wah, masuk ekonomi plak).

jadi dengan mandat yang diberikan kepada saya

oleh barisan sel-sel darah putihku

dengan ini diistiharkan bulan Julai ini sebagai

BULAN MULUT CELUPAR SEDUNIA


p/s: sebenarnya banyak aku nak ceritakan tapi terpaksa di delete dalam proses menaip atas dasar sensitiviti beberape pihak lebih2 lagi sekarang ni kecoh dengan pelbagai isu.