i

malam tadi (semalam) aku dan rakan mewakili pelajar BP(PBMP) dan Grupemuisi UPM bertandang ke Pasar Seni(Central Market) atas undangan pensyarah aku untuk membuat persembahan yang tak lain untuk memeriahkan lagi Majlis Baca Puisi Kuala Lumpur 08.

klik sini untuk lihat yang lain

siapa yang tak rasa bangga bila dapat membuat persembahan di hadapan sasterawan negara, A. Samad Said dan juga penggiat-penggiat seni terkemuka yang lain. namun semuanya berakhir hampa apabila persembahan kami terpaksa dibatalkan atas alasan untuk memberi laluan kepada pelajar yang lebih senior untuk membuat persembahan. dan semua drama ini berlaku hanya beberapa jam sebelum majlis bermula. hati kami bertambah luluh apabila alasan yang diberikan adalah kerana kami masih punya peluang untuk melakukan persembahan lagi jika (JIKA) majlis seperti ini diadakan lagi tahun-tahun mendatang. ya mungkin salah kami kerana tidak memberitahu apa persembahan yang akan kami lakukan atas sebab-sebab ingin memberi kejutan tapi apa salahnya beri kami peluang untuk turut serta setelah jenuh kami membuat latihan.

lalu kami beransur dari majlis…

hampa.

ii

kemudian kami ke CM..

ini adalah kali kedua bagi aku ke Central Market jika dibandingkan dengan redapples yang baru kali pertama menjejakkan kaki.

klik sini untuk lihat selebihnya

dalam aku tawaf CM tetiba aku terpandang akan satu potret yang masih lagi dalam pembikinan. ayunya…siapalah yang empunya badan. moga sentiasa bahagia hendaknya.

klik sini untuk Gambar selanjutnya

klik sini untuk gambar selanjutnya

aku terkesima, banyak perubahan yang berlaku!! banyak kedai2 baru ditambah. mungkin bagi kau ini lucu tapi itulah yang aku rasa sebagai budak kampung. selama ini aku hanya lalu je depan CM untuk ke Pudu.

banyak juga hasil seni yang terjual sampai kelabu juga mata nak memilih dan kata putus; tak membeli. hahaha…

lalu kami beransur pulang…

noktah.

MENGENANG LAGENDAMU,

DI JENDELA WAKTU.

(buat warga kota ini yang memulakan segalanya)

Karya Zulfazlan Jumrah

Aku ketika itu seorang anak kampung

Yang bersabunkan lumpur dan becak

Hanya mendengar namamu tegak terpacak

Setinggi menara harapan diorak

Serendah titian melupus segala hasad dan riak

Segala kemasyuranmu sekampung disorak

Dedalu menghina jawabmu bernuansa tempelak

Hari ini aku mendakapmu

Di Central Market ku benam kaus jejakku

Melewati cabang sungai deritamu

Sebelum mendongak tinggi ke tugu gangsamu

Lalu menyusuri dataran bendang segar menghijau

Sebelum bersandar pada pancangan tiang jati dirimu.