assalamualaikum dan salam sejahtera………………………………………………………………………………………………….

BLUR

untuk pertama kalinya aku rasa aku blurrrrrr sangat sem ni. baru je janji nak buat yang terbaik untuk semester ni (rujuk entry sebelum ini) tapi aku rase macam ada satu batu besar kat dalam kepala aku yang menghalang aku untuk berfikir dan terus berfikir. mungkin kepala aku dah tepu sangat dengan program dan amanah yang perlu aku buat atau mungkin kerana kuliah aku yang terlammmpauuu berat assignmentnya bagi aku. mana taknya sem ni aku di tugaskan untuk menyelidik bahasa2 minoriti yang ada di Malaysia. siapa? orang asli, bumiputera, baba dan nyonya, dll dan lain2 assignment yang aku rase berat untuk aku buat berseorangan. lagi2 aku tak paham dengan lecture sorang pensyarah ni. saja cari nahas. baru masuk kuliah dah tak paham ape2.

BENGANG

yang buat aku bengang bila kebaikan dan sifat aku yang suka tolong orang disalahgunakan. nak minta tolong tak salah aku memang suka tolong dan bantu sapa2 yang memerlukan tapi bukan minta aku selesaikan semua masalah dengan bagi masalah. ‘tak perlu tuding sapa sendiri mau terasa’.

tapi jangan risau, aku ni jenis tak pandai marah2. ntah, terikut-ikut sifat mak aku yang berdarah rendah. tapi jangan sangka air yang tenang buayanya pondan. hahaha(sempat lagi ketawa dalam marah ni).

BENGONG

aku rase sekarang ni aku seperti ‘air yang mengalir’ ataupun ‘ Let it be’. aku sekarang ni macam ikut je arus yang membawa aku. kalau kekiri, ke kirilah aku. kalau ke kanan, ke kananlah aku. macam tak ada arah tuju. mungkin aku perlu muhasabah diri. hmm…

wassalam…