assalamualaikum dan salam sejahtera…

i

wah agak lama juga aku cuti dari mem’blogging’. sebelum tu belum terlambat untuk aku katakan selamat berjaya kepada pelajar-pelajar baru yang berjaya menempatkan diri menjadi salah satu warga universiti. setelah penat aku merekruit pelajar-pelajar baru yang mendaftar di kolej aku, aku ambil keputusan untuk berehat beberapa hari untuk mengumpul daya. memang amat memenatkan ketika minggu orientasi pabila para fasilitator terpaksa bersengkang mata untuk menjayakan minggu orientasi ini malah para fasi pula yang lebih bersemangat dari pelajar baru. hahaha…korang ingat dah lepas dah. nanti dulu lepas ni ada orientasi kolej dan blog pulak. hahaha.

ii

hari isnin yang lepas hari pertama bilik kuliah dibuka. macam-macam kerenah dan telatah yang dapat aku tengok tentang pelajar baru. ade yang bawak peta nak cari bilik kuliah, ada yang bawa buku jadual bas untuk menaiki pengangkutan utama universiti itu dan berbagai gelagat lagi. yang paling aku tak tahan apabila ada satu student foreigner baru tanye mane perpustakaan kat budak baru jugak. terkulat-kulat budak tu nak menjawab. hahaha.

berbalik semula tentang aku. sem ini aku dah tanam satu azam baru iaitu nak naikkan cgpa aku yang dahpecah rekod buat kali pertama. sedap-sedap dari sem satu maintain naik tetiba boleh jatuh satu anak tangga pulak. “ini tak boleh jadik, macam mane cite2 aku nak dapatkan Anugerah Naib Nanselor yang vouge tu”. jadi untuk sem ni aku nak buat perancangan dengan baik. doakan aku berjaya ye. lagipun

iii

sem ni aku rase aku makin slim (hahaha yang ni jangan komen). mungkin kerana terpaksa bersenam seni tiap-tiap hari semasa minggu orientasi atau sekarang ni aku dah mula aktif balik nak bersukan. tapi harap2 maintain janganla naik lagi. naik jenuh aku nak diet nanti karang. hahaha.

p/s: Syam jom main bola(suara garau). hahaha…