Mulai hari ini harga petrol dan diesel masing-masing akan meningkat sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter. ini bermakna harga seliter minyak petrol dipam adalah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

kata Pak Lah lagi bagi mengurangkan beban kenaikan petrol dan diesel khususnya kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana, Kabinet bersetuju memberi bayaran tunai kepada warga Malaysia yang memiliki kenderaan persendirian termasuk pemilik motosikal. kenderaan berkapasiti 2000cc – 2500cc akan mendapat sebanyak rm625 dan rm150 bagi motosikal. semestinya duit tu akan habis bukan untuk beli minyak.

sebenarnya kenaikan harga minyak secara tersiratnya akan membawa kepada kenaikan harga pelbagai barang asas pengguna dan tak terlepas juga harga bagi industri perkhidmatan tarif elektik pun akan naik. mungkin satu hari nanti harga tandas awam juga akan naik harga walaupun takde kene mengene dengan minyak. ini bermakna INFLASI AKAN BERLAKU!!!

APE JADI PADA MEREKA YANG TIADA KERETA DAN MOTOR???

Mereka yang tiada kena-mengena pun akan terkena tempias apabila harga barang naik.

belum lagi reda isu ni timbul pulak isu seludup minyak ke negara jiran dalam Kosmo.

ape dah jadi? sebelum ini kerajaan jangkakan kemungkinan harga naik dalam bulan Ogos, tapi semalam Pak Lah memberikan keputusan mengejut bagi aku la harga minyak naik. tak sempat rakyat bernafas Pak Lah oi…Harap dapat kaji sedalamnya…

p/s: Kembali ke Dasar Pandang ke Timur – naik basikal reramai jom!!!