hari ini habis sudah Kem Motivasi SPM Kelana Jaya anjuran Biro Wanita UMNO. Peserta yang dalam anggaran 114 orang sudah cukup menggamatkan sepanjang kem ini berlangsung. kalau nak diingatkan memang tak menang tangan kami fasi-fasi dibuatnya, namun bila ingatkan adik-adik yang yang begitu teruja, hilang terus penat kami.

“khas buat adik-adik yang akan mengambil SPM yang akan menjelma, setinggi harapan abang, lagi tinggi lagi harapan ibu bapa adik-adik yang sentiasa mengharapkan yang terbaik dari adik-adik. usahalah sedaya mungkin kerana hanya adik sahajalah yang mampu mengubah kebolehberjayaan adik sendiri dengan izinNya”

-Abang Megat-

“Kalau bermain, bermainlah dengan bersungguh-sungguh. kalau nak bersukan, bersukanlah bersungguh-sungguh. tapi…kalau nak belajar, belajarlah sungguh-sungguh. nak bersosial, bersosiallah dengan hadnya. abang doakan adik-adik berjaya dunia dan akhirat.”

-Abang Qamarul-

“lakukanlah apa yang disuruh oleh Allah walaupun ia dipandang buruk kebanyakan manusia dan tegahlah apa yang ditegah Allah walaupun dipandang baik oleh kebanyakan manusia.”

-Abang Faris(Fasi Ustaz)-

“ingat IG, Ingat saya”

-Abang Jamal-

“mapolekoa”

-kak Shani-

“Bukit yang cantik oii!!!”

-kak Becca-

Segala memori bersama adik-adik tak akan kami lupakan…

lepasni kami akan pergi ke Pulau Kapas untuk program lain pulak. hahaha…bestnyer…