mungkin kita semua masih ingat lagi tentang kisah sedih ini. Lima puluh empat pendatang Myanmar, kebanyakannya perempuan, mati akibat sesak nafas dalam sebuah trak kontena di selatan Thailand ketika cubaan menyeludup mereka ke Pulau Phuket.

FAKTA: Pemandu lori tersebut masih lagi tidak ditemui dipercayai telah melarikan diri.

tapi hari ni aku bukan nak cerita tentang kematian akibat kelemasan di dalam lori. ada kaitan dengan lemas tapi berlaku dalam bilik aku sendiri.

Hari ni aku agak sedih sebab atas kecuaian aku sendiri kerana tak periksa mesin oksigen akuarium semalam. seperti hari2 biasa, aku ingat mesin tu takde masalah (mungkin sebab aku ni rabun jadi tak nampaklah dari jauh buih2 yang keluar). Mula tau bila nampak udang2(bukan udang dalam Hari Udang Sedunia) mula terlompat-lompat nak keluar dari akuarium tu. barulah aku perasan mesin tu tak idup sebab filter dia tersumbat. habis ikan2 kecik dengan udang kecik mati.

nasib baik my beloved Si Bongkok tak kiok, still steady bertemankan 3 ekor ikan emas dan 2 ekor ikan belang-belang sambil ditemani rapat oleh beberaa ekor udang kecik. xpe esok Q belikan ‘kawan’ baru yek Si Bongkok…

FAKTA: Si pemilik asal mesin oksigen akuarium masih lagi tak ditemui dipercayai melarikan diri dari membayar ganti rugi..

p/s: saje letak gambar besar-besar.