I

SIBUK…itu yang aku boleh cakap buat masa ni. hari esok(sabtu) adalah kertas aku yang terakhir untuk semester ini. tapi biasalah studi macam ‘cap ayam’ je disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan(rujuk: Balada Burung Hantu). Selain dari sibuk mengulangkaji untuk peperiksaan, aku ‘terpaksa’ menerima tugas-tugas extension selaku warga kolej dan universiti sehingga masa untuk aku bersama rakan-rakan dan keluarga terpaksa aku korbankan. namun aku tetap berterima kasih pada mereka kerana faham akan tugas yang aku perlu jalankan.

Miss Neno: esok harijadinya si Yan dan ‘Apam’ nak join x?

Q: nak ikut..bila?

Miss Neno: lepas abis exam esok. nak x?

Q: Insyaallah…kalau aku sempat.

Miss Neno: kau ni sibuk memanjang, rehatla sikit.

Q: Insyallah…

Miss Neno: kalau macam tu esok kau pegi ambil kek ‘besday’.

Q: OK…(alamak macam dah kene perangkap je, gentle aku yang kene belanje)

ingat lagi dulu masa besday aku, diorang kenekan habis-habis(rujuk: Sadis). tengoklah korang esok aku lepas tension kat korang gile-gile punye. hahaha. jangan marah. kalau tak tepung penuh satu badan, basah satu badan kene simbah pun jadiklah. hahaha.

II

Petang esok aku kene mempengerusikan mesyuarat kali pertama Kelab Akhbar Mahasiswa di hadapan orang-orang ‘besar’ yang aku takde resource langsung ape yang aku nak cakapkan. Siap kene bentang resolusi lagi tentang hala tuju, misi, visi, tentang akhbar yang bakal kami terbitkan akan datang. kalau menurut mantan pengarah yang lepas, mereka hanya menjalankan program-program rutin seperti bengkel penulisan dan fotografi dan menyumbangkan berita kepada penerbitan akhbar universiti. dan untuk kali ini semestinya mereka mahukan pembaharuan. dengar je begitu kepala otak aku macam nak meletup dah ni. jadi doakanlah semoga aku dapat jalankan mesyuarat nanti dengan lancar dan yang paling penting jangan ‘merapek’ dan ‘gebang’ dalam bilik mesyuarat tu, kata naib presiden kepada aku.

III

tensen+sedih ikan enjin oksigen akuarium mulfuntion kejap. ramai yang terkorban. yang tu aku citer esok..