Produk Belanda tetap laris

Setelah sekian lama pemboikotan barangan Belanda di jalankan sebagai tindak balas terhadap tindakan Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang mengarah dan menerbitkan filem berjudul Fitna yang menghina agama Islam sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia masih lagi tidak menampakkan hasilnya. Walaupun orang ramai digalakkan memboikot barangan dari Belanda tetap ia masih menjadi pilihan pembeli. Permintaan terhadap jualan barangan dari Belanda di pasar raya-pasar raya tempatan sekitar ibu negara didapati tidak terjejas walaupun terdapat desas-desus bahawa ia akan diboikot oleh pengguna Islam.
Kalau kita lihat di pasar raya besar kita dapat lihat masih ramai lagi pembeli di pasar raya memilih untuk membeli barangan Belanda terutamanya barangan tenusu untuk kegunaan anak-anak mereka. kalau kita dapat lihat, yang paling agresif dalam memperjuangkan pemboikotan barangan Belanda ini pun cuma asar Raya Mydin. Hal ini dapat dibuktikan dengan mereka menghentikan pesanan stok barangan dari Belanda buat sementara waktu. sementara barangan buatan Belanda yang sedia ada diberikan label merah sebagai panduan untuk pengguna membuat pemboikotan.
Sebenarnya banyak faktor kenapa pemboikotan ini dilihat dingin dan kurang berjaya, antaranya:
(a) Kebanyakkan pasar raya besar yang ada di Malaysia bukan kepunyaan orang Islam, maka mereka tidak akan mengambil risiko untuk memboikot barangan yang mereka rasa akan merugikan mereka sendiri.
(b) Pemboikotan dilihat hanya sebagai perjuangan orang Islam, jadi orang bukan Islam buat tak kisahlah.
(c) Tiada sokongan dari pemerintah yang berkuasa.
(d) Pengguna kurang maklumat tentang pemboikotan barangan buatan Belanda.
(e) Mungkin umat Islam sekarang semakin kurang sensitif.(mungkin)

Dan banyak lagi faktor (korang boleh bagitau aku) yang menyebabkan pemboikotan barangan buatan Belanda disambut hambar.