Jam di dinding menunjukkan pukul 5.00am mase aku mula buat post kali ini. bukannya sengaja memecah tradisi tetapi ketidakbolehtiduran membelenggui diri. entah kenapa hari ini ramai jiran tetangga ‘sesudi’ diri menjengah bilik aku. yang menghairankan bukan serentak, bukan sekali, seperti dirancang seperti diatur, mereka datang bertali arus. mungkin kerana ukhwah semakin erat, mungkin kerana jawatan yang aku dapat.

Esok hari pertama peperiksaan akhir aku bermula. Nak kata sudah bersedia, buku belum habis dibaca. tapi bila aku fikirkan balik, harini saja aku cuma peruntukkan beberapa jam sahaja untuk mengulangkaji dan selebihnya melayan tetamu yang tiba. Siang?? aku pergi menemani sahabat aku, redappless pergi ke sebuah sekolah di Putrajaya mengajar cara berdebat ala parlimen yang betul kepada guru-guru yang akan pergi ke Sarawak mewakili diri di peringkat kebangsaan. Kagumaku sebentar dengan semangat ‘cekgu-cekgu’ yang bukan calang-calang. Sambung balik cerita aku malam ni, bukannya aku tak suka rakan-rakan hadir tapi berpadalah. Lagi-lagi waktu final exam ni. Yang sorang datang ajak berbual(boleh tahan lagi), balik seorang datang lagi minta kebenaran menonton tv kecil di bilik aku(boleh cover lagi), balik seorang datang lagi mencari makanan(kurang boleh tahan), balik seorang datang lagi minta kebenaran menggunakan komputer(macam dah tak boleh tahan), balik seorang datang lagi jiran depan bertanya khabar(sebelum ni tak pernah pun), dan sekarang ni AbeDond pulak menjenguk bilik berlawan cakap dengan roomate aku tentang kehebatan ayah masing-masing.

Jadi bila masa pulak aku nak study??? Bio Beno… “tulah salah aku jugak nak sangat study last-last minit, jawab la kau esok dengan ilmu yang kau ada dalam kuliah-kuliah sebelum ni. hahaha” aku memerli diri sendiri.

GOOD LUCK UNTUK DIRI SENDIRI!!