…………………………………………………………………………………………………………………………………………

Semalam sedang aku berjalan pulang dari kuliah yang memenatkan dengan langkah longlai, tiba-tiba terhidu satu bau yang seakan-akan aku kenal. Ya… ini bau JERING. tercari-cari jugak aku di mana punca bau tu datang. (ntah dari mana ntah datangnye bau tu misteri tahap gaban betullah) tapi dalam masa tu jugak aku terkenang satu kejadian semasa aku membantu keluarga aku di kedai runcit milik ayah aku (yela dah lama tak balik kampung mestila terkenang sekejap beb):

A – Bang jering ni kira macam mana?

Q – 12 biji RM2.50

A -Tak boleh kurang ke?

Q – Ni pun dah murah ni bang kalau kat tempat lain 10 biji RM2.50

A – Ala dik kuranglah sikit, mungkin dalam jering yang saya nak beli ni dah ada binatang yang dah makan dulu, mungkin lepas saya beli tercicir satu, mungkin dalam perjalanan balik saya terjatuh habis semua buah-buah ni hilang ke, mungkin…

Q – Mungkin sebab buah ni susah nak cari ni bang, mungkin tak ada orang dah yang nak ganti Wak Ali Jengkol kutip jering kat pokok, mungkin persatuan-persatuan jering seMalaysia sorokkan stok jering untuk kawal harga jering, mungkin…

A – sudah, sudah, sudah, kasik abang 12 biji.

Q -saya jual yek, jatuh boleh ‘claim’ ya.

A – … *&%$&^#(dalam hati)

Q – hahaha. aku menang 1-0 (dalam hati)

……………………………………………………………………………………………………………………………………….

Q: Moral of the story: Janganla byk ‘songeh’ nak banyak tanye soalan-soalan di bawah aras intelektul masa aku tengah jage kedai, ‘gentle’ kene ‘smash’ balik. hahaha…

………………………………………………………………………………………………………………………………………….