PENYAMBUNG LEGASI PENDERITAAN

calon-prus-3.png

Akhirnya Persidangan Jemaah Mantan Penghulu Semester telah memutuskan untuk menyenaraikan 7 calon yang akan bertanding dalam PRUS 3 kali ini. Perebutan kerusi panas bagi jawatan Penghulu Semester menyebabkan Exco Kebajikan dan Keselamatan PBMP Sem 4 perlu berjaga-jaga. Diingatkan juga kepada calon yang tersenarai (seperti dalam gambar) tidak menggunakan tektik kotor seperti menyimbah asid ke muka lawan, mengunci lawan di dalam tandas, menggunakan julap dalam makanan, menyebarkan propaganda hasutan yang melanggar Akta Hasutan mahupun membeli undi (rasuah) dari pengundi kerana anda dibenarkan untuk mengundi diri sendiri sebanyak mana yang anda mahukan.

Siapakah Calon PRUS kali ni?? Untuk pengetahuan semua, tahun ini PRUS 3 menyaksikan perebutan dan persaingan 7 penjuru berlaku sebab ada 7 calon yang ingin merebut kerusi Penghulu Semester. Berikut merupakan gambaran sedikit sebanyak tentang calon PRUS 3 kali ini. Kepada mereka yang sudah mengenali tahap kepimpinan calon, anda boleh terus mengundi. Hanya klik (di sini). Ruangan mengundi ada disisipkan di bahagian sisi blog saudara Poet ni merangkap Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Semester (SPRUS). Jika anda belum mengenali calon, berikut merupakan sedikit sebanyak gambaran tentang keupayaan dan kebolehan istimewa yang dimiliki oleh calon yang bertanding :

 

Asrul Othman atau lebih popular dengan gelaran Dondey merupakan anak jati Kelantan yang gila-gila sifatnya. Aktif dalam bidang sukan dengan mewakili Kolej dan Universiti dalam beberapa acara sukan MASUM dan sentiasa sahaja diberikan tugas sebagai AJK Sukan dan Aktiviti dalam program yang kami anjurkan. Untuk semester ini, beliau memegang jawatan sebagai Exco Aktiviti yang perlu mengatur aktiviti-aktiviti di luar waktu kuliah untuk kami. Beliau juga hebat menyanyi, berpantun, berdikir barat dan yang paling penting boleh bertutur dalam bahasa siam.

Zulfazlan Jumrah, juga merupakan calon penghulu kelahiran Kulai Johor. Keupayaan beliau untuk menghasilkan karya sastera dengan baik menyebabkan beliau digelar sasterawan program kami dan beliau pernah menghasilkan beberapa buah cerpen dan sajak yang dipaparkan dalam akhbar dan sedang bergiat aktif dalam menyiapkan novelnya. (Novel pertamanya aku tak pasti dah terbit atau belum). Zulfazlan seorang yang low profile tapi antara calon yang berpotensi memegang portfolio Penghulu ini.

Mohd Irham Mohamed Rasif, merupakan calon penghulu yang seterusnya. Anak kelahiran Kulai Johor yang dikatakan menumpang populariti Mawi ini mempunyai bakat kepimpinan yang tidak boleh disangkal lagi.Antara jawatan dan kejayaan yang beliau kecapi ialah menjadi pengacara dalam majlis dan program utama kolej, Pengarah dalam penganjuran Program Kenduri Puisi 2007, Timbalan Pengarah Fiesta Warisan Pantun Tiga Penjuru (Firu’s) Interkolej dan Pendebat Terbaik Final Minggu Intelek Canselor 2007/2007. Beliau merupakan calon pilihan PRUS 3 ini kerana sangat berdedikasi dengan tugasan dan tanggungjawabnya.

Mohd Khaidir Abd Wahab merupakan calon penghulu dari Perak. Walaupun ketingiannya tidak seberapa, tetapi ketingian komitmen yang diberikan amat membanggakan. Pernah mewakili universiti dalam Pertandingan Debat Kemerdekaan 2006 namun kini aktif dalam menggerakkan Kelab Rakan Siswa. Beliau mempunyai suara yang agak komersial dan sangat mementingkan penampilan dan kebersihan. Dedikasi dalam menyiapkan tugasan hingga sentiasa menjadi pilihan untuk dijadikan rakan sekumpulan tugasan. Beliau antara calon pilihan kerana komitmen dan kreadibiliti beliau menjalankan tugas yang diagihkan.

Seterusnya ialah Mohd Hasrul Selamat. Wakil calon penghulu berdarah jawa ini merupakan seorang pelajar yang low profile tapi berbakat dalam bidang kepimpinan. Sarat dengan komitmen terhadap program dan perancangan aktiviti. Walaupun tidak pernah memegang jawatan tinggi dalam program anjuran kolej dan kelab, namun beliau tenaga beliau sangat diperlukan sebagai AJK Peralatan, Logistik, Makanan, Persembahan dan sebagainya kerana beliau sangat berversatil yang mampu melakukan apa sahaja tugas yang diberikan.

Calon seterusnya ialah Mohd Zaim Sulaiman. Pelajar yang paling berusia (ex-diploma) merangkap ustaz dan abang kepada kami semua. Beliau merupakan salah seorang pelajar yang sangat mementingkan perpaduan dan beliau uga merupakan wakil tunggal lelaki yang mengambil Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran tumpuan keduanya. Memandangkan beliau bekas lepasan diploma maka tidak hairanlah jika berpengalaman luas dalam kehidupan di universiti. Pernah menjadi Pengarah untuk majlis berbuka puasa semester 4 yang lepas dan sangat berkreadibiliti dalam bidang ICT (menguruskan unit IT di Kolej Keenam).

Muhamad Husni Abdullah, atau lebih dikenali dengan gelaran manja “Apam” juga merupakan calon yang berkaliber dari Kota Sarang Semut, Kedah. Sentiasa diamanahkan untuk memikul tanggungjawab sebagai bendahari program di samping mempunyai bakat dalam bidang seni suara sebagai penyanyi nasyid dan bilal di surau kolej. Beliau juga pernah mendeklamasikan puisi di hadapan pemuisi-pemuisi antarabangsa tahun lepas. Walaupun beliau seorang yang comel, tapi beliau sangat memberi komitmen terhadap apa jua tugas yang diberikan juga sangat hebat bersilat.

Itulah dia calon Penghulu Semester yang bertanding dalam PRUS 3 bagi merebut kerusi PS (Penghulu Semester) penggal yang akan datang. Undian ini dibuka kepada sesiapa sahaja yang sudi mengundi, tanpa mengira siapa anda, apa program pengajian anda, berapa umur anda dan di mana anda menetap. Anda juga tidak perlu mendaftar dengan SPR dan tidak perlu mengambil cuti. Anda boleh mengundi sebanyak mana yang anda suka dan yang pasti undilah dengan bijak. Ingatlah, nasib kami di tangan anda…

UNDIAN BOLEH DILAKUKAN DI ALAMAT INI :

www.akuwandypoet.blogspot

atau

www.manasiqama.blogspot

 

                                                                                                                          Sumber: Redapples