Baru-baru ni aku baru saja membeli sebuah akuarium kecil untuk menyerikan lagi bilik aku yang selama ini berserabut mata memandang. Mulanya aku bercadang hanya untuk membeli ikan-ikan perhiasan kecil sahaja. Tapi bila dah tiba kat kedai haiwan peliharaan tu mata aku jadi kelabu sebab tak tau mana satu aku nak beli. Macam-macam jenis ‘ikang’ ada kat kedai tu. Ada yang warna putih, kuning, biru…macam-macam la lagi sampai rasa nak beli semuanya. Kalau nak ikut tred, kat kolej aku sekarang ni tengah popular dengan ikan kelisanya, tapi aku dah ada pengalaman dalam membela ikan kelisa jadi aku cuba untuk membuat sesuatu yang lain dari yang lain. Aku rasa kali ni aku nak cari ikan yang ‘exotic’ sikit. Dalam dok belek-belek (adalah dalam satu jam mencari yang sesuai), akhirnya aku buat keputusan pilih ikan leper-leper, kurus-kurus, pelik-pelik, aneh-aneh gitu.
Ikan yang aku pilih tu namanya Ikan Belida atau dalam bahasa saintifiknya Notopetrus chitala H.B.Kalau di kawasan utara dan timur semenanjung ikan ni dikenali sebagai Ikan Selat.Menurut masyarakat Sumatera Selatan pula, ertinya makhluk yang pandai berdiplomasi (be = punya, lida = lidah, pandai bersilat lidah).
Yang buat aku tertarik dengan ikan ni, walaupun tak ‘hensem’ tapi aku suka tengok bintik-bintik hitam yang ada kat badan dia. ikan ni dikatakan ‘nokturnal predator’ jugak la macam ikan air tawar lain sebab aktif waktu malam. Mana taknya waktu siang tunjuk ‘alim’ je tapi bila aku masuk tido je mule la dia keluar tanduk. Setiap kali aku bangun pagi je mesti ada ikan-ikan kecik yang hilang dibelasahnya. Dah tu memilih pulak, nak makan ikan yang cantik dan mahal je. Ikan yang murah dan memang aku nak buat dia punya makanan tak disentuhnya. tapi takpe, ikan ni la yang menarikkan seri bilik aku.
Tapi sekarang aku ada masalah dalam nak memberi nama kat ikan ‘gothik’ aku ni. kalau dapat korang cadangkanlah nama-nama yang kiut-kiut gitu(jangan kiut sangat nanti tergugat kelakian aku). setakat ni aku cume panggil dia ‘Si Bongkok’ sebab rupa dia macam notradame dan sebab dia dah ‘belasah’ ikan-ikan kecik aku yang lain. tak ade semangat kejiranan langsung. hahaha…

Q: Memang la best menjaganye tapi nak tukar air dia selalu yang payah. Kalau lekat nama yang korang bagi tu “gua respek gilerla dengan lu”.