Hari ini badan aku sengal-sengal sebab semalam aku dikenakan perintah tidur luar. Ceritanya macam ni. malam tadi seusai balik dari satu majlis penganugerahan yang dilangsungkan di u aku, kami(dalam lima orang termasuk aku dan roomate aku) balik bersama. Dalam perjalanan balik ke kolej aku dan seorang teman aku ni sempatlah ‘melaha’ roomate aku sorang ni. Tp dia tak buat ape-ape muka dia kool je(biasala control ensem depan awek). Tup-tup mase nak masuk bilik(aku lambat masuk sebab berbual dengan orang kat luar) dia kunci dari dalam da…sambil menjerit “kau pergi merantau dulu”. Sah aku dah tau dia tengah layan jiwang dalam telefon. Ikut pengalaman aku diani kalau ‘menjiwang’ perlu mengambil masa berjam-jam. Jadik satu malam tula aku menumpang tidur kat bilik orang lain.

Yyyanggg Abaaaang Daaah Baaliiik…..