01
Ogo
08

Prof. Dr. Syed Othman Syed Omar Kembali ke Rahmatullah

Dukacita dimaklumkan
………………………………………………………………………………………………………………………………………..
………………………………………………………………………………………………………………………………………..
SN Prof. Dr. Syed Othman Syed Omar
atau
S.Othman Kelantan
(sasterawan negara ke9)
telah kembali ke rahmatullah.
.
.
.
kita telah kehilangan seorang lagi
nakhoda berlayar..
.
.
.
Al-Fatihah
dan semoga Allah merahmatinya
Amin……..
.
.
.
salam takziah dari kami
warga BP(PBMP)UPM
.
.
……………………………………………………………………………………………………………………

8 Respon to “Prof. Dr. Syed Othman Syed Omar Kembali ke Rahmatullah”


  1. Ogos 1, 2008 at 11:05 pm

    Alfatihah!Akak mujur sempat pergi ziarah.jadi ketua konvoi dengan budak2 PBMP yg ada kereta.MUjur aku tak kena bawak bas.

  2. Ogos 2, 2008 at 12:01 am

    kak rai – syukur la akak dapat pegi. saya yang tak dapat ziarah lagi terasa.

  3. Ogos 2, 2008 at 5:47 pm

    semoga rohnya dicucuri rahmatNya…

  4. 5 Nur Hakim
    Ogos 5, 2008 at 2:55 pm

    Semoga kite menjadi pelapis penggantinya… Selamatkan Sastera Negara!

  5. Ogos 5, 2008 at 4:58 pm

    insyallah. untuk pengetahuan bersama, matapelajaran kesusasteraan di Malaysia telah dipinggirkan.

  6. September 15, 2008 at 2:04 pm

    Terima kasih di atas segala doa dan ucapan takziah untuk Almarhum Prof Dr. Syed Othman Syed Omar (S. Othman Kelantan). Sebagai isterinya yang menjaga segala keperluan dirinya selama 14 hari beliau di hospital, tiada lagi air mata yang bisa mengalir dan tiada lagi kata-kata yang bisa diungkapkan. Saya cukup gembira kerana setiap malam saya berada disampingnya dan dia menggenggam erat tangan saya ketika dia tidur. Ketika lapar, saya menyuapkannya dan segala kebersihannya saya yang bersihkan dengan penuh kasih sayang serta memandikannya setiap pagi. Tiap petang pula saya akan mendukungnya dan meletakkannya di atas kerusi roda dan berjalan-jalan disekitar wad. Saya lakukan sendiri semuanya tanpa bantuan Jururawat. Kini dia telah pergi bersama Tuhannya. Saya sungguh sepi. Dan kebetulan pula filem terakhir yang kami tonton bersama sebelum beliau sakit bersama puteri kami yang berusia 6 tahun, berjudul “Sepi”. Dan kami juga sempat menonton teater “Dejavu Seorang Wanita” di DBP bersama puteri kami. Di kala ini saya merasaka dia masih di sisi saya. Saya masih melihatnya di meja tulis dan komputernya, tekun menyelak lembaran pelbagai buku. Dan saya masih ingat waktu makannya yang 6 kali setiap hari. Saya masih menyimpan baju kali terakhir dipakainya. Sejadahnya, air mineralnya, al-Quran yang dibaca setiap subuh dan selepas menunaikan solat 5 waktu masih ditempat yang sama. Kerja-kerjanya yang terakhir masih ditempat yang sama. Semuanya tidak berubah. Roti yang dimakannya pada kali terakhir sebelum saya membawanya dihospital Az Zahrah pada pukul 6 petang, 17 Julai 2008 masih ada dan berada di dalam bakul dan di tempat yang sama. Air tehnya masih ada. Saya tidak membuangnya. Dia tetap hidup di jiwa saya dan puteri saya. Tiap kali azan di Tv 9, puteri saya akan berteriak “Abah Azan”. Dan dia akan termenung sambil berkata. “Kak Pah lupa… abah dah tak ada. Abah dengan Allah dan malaikat Nungkar dan Nangkir katanya. Dan di dalam komputer riba ini segala gambarnya semasa berada di hospital akan saya lihat dan puteri saya akan menanggis apabila menatap gambar itu kerana pilu kerana terlalu banyak wayar dan tiub berada di badan Abahnya. Puteri saya berasa kehilangannya kerana tiada lagi Abah yang akan menghantarnya ke sekolah dan akan menemankannya bermain di taman pada waktu petang, menonton wayang bersama pada hari Ahad di Metro Kajang atau di Alamanda Putrajaya, balik ke Kelantan serta tiada lagi insan yang bergelar Abah yang bergurau senda dan sentiasa memanggilnya “kakak cerdik dan anak bertuah Abah”. Saya begitu sayu apabila saya bertanya kepada kak Pah (pangilan untuk anak saya) ketika kami berada di kampung Abahnya yang berhadapan dengan sungai selepas seminggu Abahnya bersemadi bersama Allah untuk kenduri tahlil di sana. Saya tanya “Best tak balik Kelantan Abah naik Kapal Terbang.”? Dia menjawab ” Tak best sebab Abah tak ada. Kalau Abah ada lagi best”. Saudara mara yang mendengarnya tidak berkata apa-apa. Hanya memandang kak pah yang tekun memandang lembu yang di tambat di bawah pokok mangga di hadapan rumah Abahnya. Dan kini dalam setiap solat saya, saya hanya mampu berdoa dan membacakan Yassin untuk suami tercinta serta tiap-tiap malam bertahlil untuknya. 8 tahun bersamanya adalah moment yang indah dan tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata dan saya gembira menjadi suri hati seorang insan bernama Syed Othman Syed Omar Al Yahya sehingga ke akhir hayatnya. Almarhum seorang lelaki yang sangat ideal dan sempurna. Dan dia hanya ada satu dalam jutaan manusia.

    Ikhlas,
    Pn. Dian
    (ranofla@cempaka.edu.my)




  7. September 15, 2008 at 6:40 pm

    salam,
    terima kasih kerana sudi menziarah dan berkongsi dengan Q.
    Q kagum dengan ketabahan Pn. Dian dalam menerima kenyataan.
    almarhum adalah seorang yang amat Q kagumi walaupun tak sempat belajar dalam kuliahnya.
    sekali lagi Q nak ucapkan takziah dan moga rohnya dicucuri rahmatNya.


Tinggalkan jawapan




Twitter:Apa yang Q buat sekarang?

-Tempat Aku Luah Rasa Dan Kau Terasa-

Laman Q memuntahkan literasi tentang persekitaran disekelilingnya yang kadangkala rigid, plastik dan fantastik. lawatan anda amat Q hargai. kepada yang menyokong Q selama ini Q ucapkan ribuan terima kasih. tanpa kritikan dan sokongan kamu semua, Q takkan bertahan sehingga sekarang. bagi mereka yang hanya menjadi 'silent reader' di blog Q ini, sudi-sudikanlah meninggalkan sepatah dua kata. bukan untuk apa, cuma sebagai pedoman dan pembatas bagi Q dalam meluah dan menulis. Terima kasih..

Bank Simpanan

Blog Kita
Tempat aku luah rasa dan kau terasa
hit counter
ViralNetworks

BlogMalaysia.com

Lifestyle Blogs - BlogCatalog Blog Directory
All Malaysian Bloggers Project

Tawarikh

Ogos 2008
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031