i
malam tadi (semalam) aku dan rakan mewakili pelajar BP(PBMP) dan Grupemuisi UPM bertandang ke Pasar Seni(Central Market) atas undangan pensyarah aku untuk membuat persembahan yang tak lain untuk memeriahkan lagi Majlis Baca Puisi Kuala Lumpur 08. 
klik sini untuk lihat yang lain
siapa yang tak rasa bangga bila dapat membuat persembahan di hadapan sasterawan negara, A. Samad Said dan juga penggiat-penggiat seni terkemuka yang lain. namun semuanya berakhir hampa apabila persembahan kami terpaksa dibatalkan atas alasan untuk memberi laluan kepada pelajar yang lebih senior untuk membuat persembahan. dan semua drama ini berlaku hanya beberapa jam sebelum majlis bermula. hati kami bertambah luluh apabila alasan yang diberikan adalah kerana kami masih punya peluang untuk melakukan persembahan lagi jika (JIKA) majlis seperti ini diadakan lagi tahun-tahun mendatang. ya mungkin salah kami kerana tidak memberitahu apa persembahan yang akan kami lakukan atas sebab-sebab ingin memberi kejutan tapi apa salahnya beri kami peluang untuk turut serta setelah jenuh kami membuat latihan.
lalu kami beransur dari majlis…
hampa.
ii
kemudian kami ke CM..
ini adalah kali kedua bagi aku ke Central Market jika dibandingkan dengan redapples yang baru kali pertama menjejakkan kaki.
klik sini untuk lihat selebihnya
dalam aku tawaf CM tetiba aku terpandang akan satu potret yang masih lagi dalam pembikinan. ayunya…siapalah yang empunya badan. moga sentiasa bahagia hendaknya.
klik sini untuk Gambar selanjutnya
klik sini untuk gambar selanjutnya
aku terkesima, banyak perubahan yang berlaku!! banyak kedai2 baru ditambah. mungkin bagi kau ini lucu tapi itulah yang aku rasa sebagai budak kampung. selama ini aku hanya lalu je depan CM untuk ke Pudu.
banyak juga hasil seni yang terjual sampai kelabu juga mata nak memilih dan kata putus; tak membeli. hahaha…
lalu kami beransur pulang…
noktah.
MENGENANG LAGENDAMU,
DI JENDELA WAKTU.
(buat warga kota ini yang memulakan segalanya)
Karya Zulfazlan Jumrah
Aku ketika itu seorang anak kampung
Yang bersabunkan lumpur dan becak
Hanya mendengar namamu tegak terpacak
Setinggi menara harapan diorak
Serendah titian melupus segala hasad dan riak
Segala kemasyuranmu sekampung disorak
Dedalu menghina jawabmu bernuansa tempelak
Hari ini aku mendakapmu
Di Central Market ku benam kaus jejakku
Melewati cabang sungai deritamu
Sebelum mendongak tinggi ke tugu gangsamu
Lalu menyusuri dataran bendang segar menghijau
Sebelum bersandar pada pancangan tiang jati dirimu.











xpa..xda peluang. len kali ada peluang bole cuba lagi ye..suka puisi kat atas..:D
terima kasih…peluang tu datang sekali. tapi ape nak buat pasti ada hikmahnye.
puisi tu rakan Q yang buat untuk kami deklamasi masa majlis tu. sebenarnya ada lapan perenggan tapi ni bahagian yang patut Q bace je.
ty klu jumpa abg..
aina nk dgr abg baca ea..
hu3…
MESTI tau..
nak dengar ke? datang la UPM lagi. hehehe…
tibe-tibe nak masukkan part yang perlu aku baca pulak.
p/s : perlu ke propaganda yang aku baru 1st time pi CM??? over la wakakakakaka adakah aku katak di bawah tempurung???
perlula. bukannya macam katak di bawah tempurung tapi katak yang jalan tegak teru pegi pudu tanpe belok kiri kanan. hahahaha…….
wah central market.. suka tempat ni tetapi sekarang ni macam tempat itu kurang berjiwa walaupun banyak perubahan yang dilakukan. gerai makin cantik dan makin mahal sewanya..
kau ni kipas susah mati lan ke? ke kau nak promosi karya lan ke peringkat antarabangsa?
wah bagus betul!
ainun – Lan tu sahabat aku, jadi tak salah untuk aku mendorong dia agar lebih maju. lagipun bahagian yang aku tunjuk ni hanya dua rangkap dari lapan dan disediakan semata hanya untuk aku dendangkannya di majlis malam tu.
tak pe, lain kali ada peluang boleh perform.adat lah, utamakan senior..hehe…sampaikan salam anang pada fazlan.
anang – ye…kalaulah peluang itu datang lagi. hm…akan Q sampaikan salam itu sebaiknya…