11
Jul
08

Hari Baru, Semangat Baru, Orang Baru??

assalamualaikum dan salam sejahtera…

i

wah agak lama juga aku cuti dari mem’blogging’. sebelum tu belum terlambat untuk aku katakan selamat berjaya kepada pelajar-pelajar baru yang berjaya menempatkan diri menjadi salah satu warga universiti. setelah penat aku merekruit pelajar-pelajar baru yang mendaftar di kolej aku, aku ambil keputusan untuk berehat beberapa hari untuk mengumpul daya. memang amat memenatkan ketika minggu orientasi pabila para fasilitator terpaksa bersengkang mata untuk menjayakan minggu orientasi ini malah para fasi pula yang lebih bersemangat dari pelajar baru. hahaha…korang ingat dah lepas dah. nanti dulu lepas ni ada orientasi kolej dan blog pulak. hahaha.

ii

hari isnin yang lepas hari pertama bilik kuliah dibuka. macam-macam kerenah dan telatah yang dapat aku tengok tentang pelajar baru. ade yang bawak peta nak cari bilik kuliah, ada yang bawa buku jadual bas untuk menaiki pengangkutan utama universiti itu dan berbagai gelagat lagi. yang paling aku tak tahan apabila ada satu student foreigner baru tanye mane perpustakaan kat budak baru jugak. terkulat-kulat budak tu nak menjawab. hahaha.

berbalik semula tentang aku. sem ini aku dah tanam satu azam baru iaitu nak naikkan cgpa aku yang dahpecah rekod buat kali pertama. sedap-sedap dari sem satu maintain naik tetiba boleh jatuh satu anak tangga pulak. “ini tak boleh jadik, macam mane cite2 aku nak dapatkan Anugerah Naib Nanselor yang vouge tu”. jadi untuk sem ni aku nak buat perancangan dengan baik. doakan aku berjaya ye. lagipun

iii

sem ni aku rase aku makin slim (hahaha yang ni jangan komen). mungkin kerana terpaksa bersenam seni tiap-tiap hari semasa minggu orientasi atau sekarang ni aku dah mula aktif balik nak bersukan. tapi harap2 maintain janganla naik lagi. naik jenuh aku nak diet nanti karang. hahaha.

p/s: Syam jom main bola(suara garau). hahaha…


8 Respon to “Hari Baru, Semangat Baru, Orang Baru??”


  1. Julai 11, 2008 at 7:26 pm

    Hehehehe :D
    Nasib baik zaman universiti aku dah abis!
    InsyaAllah…bulan 8 ni aku convo…
    Tapi rindu gak…dah lama aku tak langgar IIUM rules & regulation tu… :D
    Apa-apa pun…good luck Q…
    Wish you all the best!

  2. Julai 12, 2008 at 1:49 pm

    hani – tq Hani. lagi pun mase kita duk dalam u nila yang paling menyeronokkan(sape tak setuju angkat tangan). daripada mahasiswa yang ‘poyo’ sampai yang ‘kempro’ semua akan membawa pengalaman yang mereka perolehi dalam kehidupan mendatang. khas buat Hani moga hari yang mendatang makin ceria. Peace world…

  3. Julai 15, 2008 at 12:34 pm

    selamt kembali ke alam kampus n berblogging. hope tercapai lah azam baru Q tu ye..

  4. Julai 15, 2008 at 2:23 pm

    Jom ar,,, main bola…

  5. Julai 16, 2008 at 7:53 am

    mirhans – 10Q. kadang2 ape yang ingin kita kecap tak selalunya hinggap, yang selalu kita cerap tak selalunya terserap, yang selalu diharap tak selalu dapat. tapi tak salah mencuba.

    Hakim – la…kau tu yang tak penah turun padang. hahaha…

  6. 6 aina
    Julai 25, 2008 at 7:29 pm

    smoga brjaya..
    =)

  7. 8 aina
    Julai 27, 2008 at 1:05 pm

    haha..
    wlcom..


Tinggalkan jawapan




Twitter:Apa yang Q buat sekarang?

-Tempat Aku Luah Rasa Dan Kau Terasa-

Laman Q memuntahkan literasi tentang persekitaran disekelilingnya yang kadangkala rigid, plastik dan fantastik. lawatan anda amat Q hargai. kepada yang menyokong Q selama ini Q ucapkan ribuan terima kasih. tanpa kritikan dan sokongan kamu semua, Q takkan bertahan sehingga sekarang. bagi mereka yang hanya menjadi 'silent reader' di blog Q ini, sudi-sudikanlah meninggalkan sepatah dua kata. bukan untuk apa, cuma sebagai pedoman dan pembatas bagi Q dalam meluah dan menulis. Terima kasih..

Bank Simpanan

Blog Kita
Tempat aku luah rasa dan kau terasa
hit counter
ViralNetworks

BlogMalaysia.com

Lifestyle Blogs - BlogCatalog Blog Directory
All Malaysian Bloggers Project

Tawarikh

Julai 2008
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031