30
Mac
08

Pemilihan Peneraju Tampuk Legasi Penderitaan

Buat pertama kali dan rasminya Jemaah Mantan Penghulu Bac. Pend. (PBMP) sebulat suara memperkenalkan sistem pemilihan penghulu baru bagi semester akan datang secara e-undi yang bagi aku telus lagi meletup gitu. sistem pemilihan secara e-undi ini bertujuan untuk memilih bakal penghulu untuk sem 5 kita tanpa ada rasa tidak puas hati (kalau ada yang tak puas hati “APAHAL TAK UNDI”)

Kalau nak ikut pengalaman aku sepanjang memegang jawatan ini, aku mula sedar akan pentingnya menjaga nilai persahabatan dan mengekalkannya. cabaran yang ditemuh juga bukan calang-calang. tapi aku nak ucapkan beribu-ribu lemon terima kasih kepada semua terutamanya kepada exco tertinggi yang banyak bantu aku (tanpa korang sapelah aku). JASEMU TOTAP DEN KONANG EH…

menurut Redaples (Mantan penghulu pertama), “Jadi Penghulu Semesta yang pertama memang mencabar sebab kami semua masih belum mengenali dan memahami antara satu sama lain. Perpaduan dan ikatan persaudaraan menjadi agenda utama walaupun agak mustahil untuk direalisasikan. Namun menjadi Penghulu Semester memang pengalaman yang hebat dalam mengasah bakat kita sebagai mahasiswa dan anda hanya akan tahu bila anda merasainya”. “Cubalah sekarang!!!” katanya ketika cuba mengubah topik.

Setelah hampir genap setahun aku memegang jawatan penghulu sem merangkap pemegang amanah dan amarah, kini tiba masanya aku melepaskan ‘cokmar kebesaran’ kepada sahabat yang lain. “kalau nak ikutkan hati memang aku tak terima jawatan ni”. kata-kata inilah yang aku lafazkan semasa mula-mula aku dilantik. namun atas rasa tanggungjawab dan sayang akan rakan-rakan yang lain aku terima dengan hati terbuka. namun kini rasa sedih makin tiba, bagai melepaskan harta berada dan aku harap pewarin LEGASI PENDERITAAN ini akan dapat menaikkan lagi nama kos kita…..tidak,tidak.tidak…….batch kita di mata dunia khususnya dan kosmos amnya (hahaha…).

UNDIAN BOLEH DILAKUKAN DI
http://manasiqama.blogspot.com
ATAUhttp://akuwandypoet.blogspot.com

0 Respon to “Pemilihan Peneraju Tampuk Legasi Penderitaan”



  1. No Comments Yet

Tinggalkan jawapan




Twitter:Apa yang Q buat sekarang?

-Tempat Aku Luah Rasa Dan Kau Terasa-

Laman Q memuntahkan literasi tentang persekitaran disekelilingnya yang kadangkala rigid, plastik dan fantastik. lawatan anda amat Q hargai. kepada yang menyokong Q selama ini Q ucapkan ribuan terima kasih. tanpa kritikan dan sokongan kamu semua, Q takkan bertahan sehingga sekarang. bagi mereka yang hanya menjadi 'silent reader' di blog Q ini, sudi-sudikanlah meninggalkan sepatah dua kata. bukan untuk apa, cuma sebagai pedoman dan pembatas bagi Q dalam meluah dan menulis. Terima kasih..

Bank Simpanan

Blog Kita
Tempat aku luah rasa dan kau terasa
hit counter
ViralNetworks

BlogMalaysia.com

Lifestyle Blogs - BlogCatalog Blog Directory
All Malaysian Bloggers Project

Tawarikh

Mac 2008
I S R K J S A
    Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31